Honda & Takata disaman ekoran kematian seorang wanita hamil kerana beg udara

By  |  0 Comments

SRS-Airbag-e1418884179814-850x567

Honda Motor Co dan Takata telah disaman oleh bapa kepada Law Suk Leh, iaitu wanita kelahiran Malaysia yang ketika itu sedang hamil yang terkorban akibat kecederaan serius yang berpunca daripada beg udara selepas terbabit dalam kemalangan pada Julai tahun lalu.

Saman yang dikemukakan oleh Law Ngee Chiong di mahkamah persekutuan, Miami, Amerika Syarikat kerana inflator terbabit diperbuat di LaGrange, Georgia.

Suk Leh, 42 tahun, yang memandu model City buatan tahun 2003 terkorban selepas besi daripada beg udara terbabit tertusuk pada leher mendiang sejurus selepas terlibat dilanggar oleh kenderaan lain. Kejadian tersebut berlaku di Sibu, Sarawak.

Mendiang yang ketika itu hamil lapan bulan, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Manakala bayi dalam kandungannya yang dikeluarkan selepas kematian ibunya, pula turut meninggal dunia tiga hari kemudian.

Hakim Daerah AS Federico Moreno sedang menilai lebih dua dozen kes yang melibatkan kejadian yang hampir serupa. Di mana kes Suk Leh adalah salah satu daripada enam kematian yang berpunca daripada masalah beg udara keluaran Takata yang mengalami kerosakan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *