Spyshot : Isuzu MU-X sudah bersedia dilancarkan di Malaysia

By  |  0 Comments

Isuzu_MU_X_2015_IK_2

Seperti mana yang dikhabarkan oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida, sewaktu InfoKereta.com menyertai Isuzu Dura Mission 2015 di Sabah, pertengahan Januari lalu, model SUV tujuh penumpang yang turut dikenali sebagai ‘Raja Diesel’ iaitu Isuzu MU-X sedang menghitung hari untuk dilancarkan. Kemungkinan besar tarikh pelancarannya dikhabarkan bakal berlangsung pada awal Jun ini.

Namun kelibat MU-X ini telah mula kelihatan di jalan raya, masih berseragam camouflage atau ‘dalam penyamaran’. Tetapi tetap jelas kelihatan. Kelibat SUV ini ditemui oleh team Paultan.org di sekitar Taman Tun Dr.Ismail.

Isuzu_MU_X_2015_IK_3

Difahamkan, untuk pasaran Malaysia, MU-X bakal dijanakan oleh enjin 2.5 liter Ddi VGS Turbo. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 3,600 rpm dan tork setinggi 320 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm.

Malah ia juga ditawarkan dengan dua konfigurasi pemanduan iaitu 4×4 dan 4×2, yang dipadankan dengan kotak gear automatik lima-kelajuan. Malah MU-X turut mengaplikasikan D-Max’s Terrain Command 4WD yang membenarkan pemandu menukar antara operasi 4×2 dan 4×4 pada kelajuan 100 km/j.

Isuzu_MU_X_2015_IK_5

Jika di Thailand, ia turut ditawarkan dengan satu lagi pilihan enjin iaitu 3.0 liter Ddi VGS Turbo Diesel yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 177 hp pada 3,600 rpm dan tork setinggi 380 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm. Serta mempunyai pilihan sama ada transmisi automatik mahu pun manual.

Adakah Malaysia bakal mendapat pilihan yang sama?

Apa pun, keputusan Isuzu Malaysia membawa masuk SUV yang diimport dari Thailand ini dilihat sebagai salah satu langkah yang tepat memandangkan pasaran bagi kenderaan jenis ini makin berkembang dan diterima ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Isuzu MU-X, nantikan perkembangan selanjutnya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *