Isuzu Malaysia bakal bawa masuk MU-X tidak lama lagi

By  |  0 Comments

ISUZU4

Selepas dilancarkan di Thailand, disusuli pula dengan Indonesia, model SUV tujuh penumpang yang turut dikenali sebagai ‘Raja Diesel’ iaitu Isuzu MU-X akan dibawa masuk ke Malaysia pula. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida, sewaktu InfoKereta.com menyertai Isuzu Dura Mission 2015 di Sabah baru-baru ini.

Walau bagaimana pun, beliau enggan mengulas lebih lanjut termasuk bilakah ia akan dilancarkan, namun yang pasti pada tahun ini juga. Malah perician lebih lanjut mengenainya juga masih tidak dijelaskan. Tetapi difahamkan, MU-X tersebut akan dibawa masuk dari Thailand dan hanya satu varian spesifikasi sahaja yang akan diperkenalkan di sini.

ISUZU3

Jika di Thailand, MU-X ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 3.0 liter Ddi VGS Turbo Diesel yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 177 hp pada 3,600 rpm dan tork setinggi 380 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm.

Selain itu, model 2.5 liter Ddi VGS Turbo turut ditawarkan. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 3,600 rpm dan tork setinggi 320 Nm pada 1,800 hingga 2,800 rpm.

Malah ia juga ditawarkan dengan dua konfigurasi pemanduan iaitu 4×4 dan 4×2, sama ada transmisi manual mahu pun automatik lima-kelajuan. Malah MU-X turut mengaplikasikan D-Max’s Terrain Command 4WD yang membenarkan pemandu menukar antara operasi 4×2 dan 4×4 pada kelajuan 100 km/j.

Isuzu MU-X baharu ini juga kelihatan lebih macho dengan sisi yang penuh maskulin. Malah aura maskulinnya lebih terserlah melalui penampilan lampu utama projektor yang tampak lebih agresif.

ISUZU2

Dengan saiz 4825 mm panjang, 1860 mm lebar, jarak roda 2845 mm dan memiliki ketinggian antara 1825 mm dan 1860 mm bergantung pada varian, SUV ini mampu menempatkan tujuh ruang tempat duduk.

Bagi versi Thai itu juga, ia turut dilengkapi dengan teknologi Isuzu’s Media Solutions yang menampilkan pemain DVD dan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh-inci, teknologi bunyi segenap ruang dari lapan pembesar suara, tempat duduk separa kulit berwarna kuning gading, sistem penyejuk udara automatik, kamera undur, dan Isuzu’s Genius Entry Intelligent Key System.

ISUZU6

Jadi, adakah MU-X yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia ini menyamai versi Thai? Kena tunggu kehadirannya di sini. Apa yang pasti, sudah ramai yang ternanti-nanti kemunculan model pesaing Toyota Fortuner dan Pajero Sport ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *