Galeri : Volkswagen Beetle Bug Edition bakal dilancarkan hujung bulan ini

By  |  0 Comments

Volkswagen_Beetle_Bug_Edition_ 001

Volkswagen Group Malaysia (VGM) mengesahkan bakal melancarkan model Volkswagen Beetle Bug Edition pada penghujung bulan ini. Model edisi terhad ini hanya ditawarkan sebanyak 200 unit sahaja. Setakat ini, harganya hanya akan diumumkan apabila ia dilancarkan pada penghujung bulan ini.

Bahagian mekanikalnya adalah sama dengan varian 1.2 TSI Sport bersama kuasa 104hp dan tork 175Nm. Namun apa yang ditampilkan oleh Volkswagen Beetle Bug Edition ini adalah pelekat jaluran khas berwarna hitam yang ditampal pada bahagian hadapan, sisi, bumbung dan belakang. Side sills tertulis “Bug” juga terdapat pada kedua bahagian sisi model ini. Malah terdapat logo “Bug” turut dilekatkan pada bahagian belakang model edisi khas ini.

Bahagian kabinnya juga tidak ada perbezaan dan masih sama dengan varian Beetle 1.2 TSI Sport. Ia bakal menawarkan empat pilihan warna iaitu Candy White, Deep Black, Saturn Yellow dan Tornado Red.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *