Toyota Avensis 2015 bakal muncul buat kali pertama di Geneva

By  |  0 Comments

Toyota-Avensis-2

Sebelum memeriahkan pentas Geneva Motor Show 2015 yang bakal berlangsung awal Mac ini, Toyota telah menyiarkan dua keping foto imej model Avensis sedan dan wagon facelift.

Generasi ketiga Avensis ini telah pun diperkenalkan pada tahun 2009 di Paris Motor Show dan menerima penambah baikan tiga tahun selepas itu. Dan kini Toyota mengambil keputusan untuk memperkenalkan satu lagi versi facelift bagi memeriahkan lagi kenderaan di bawah segmen-D.

Bagi model facelift ini, ia telah direka di studio Toyota yang terletak di Perancis tetapi dibangunkan di pusat R&D di Belgium.

Toyota-Avensis-1

Selain menerima penambah baikan daripada sudut kosmetik, Toyota turut mengesahkan Avensis telah dipadankan dengan enjin baharu yang lebih berprestasi dan efisien. Malah elemen keselamatan dan keselesaannya juga telah ditambah.

Selain itu, bahagian rekaan dalaman kabin juga telah diimplementasi dengan pelbagai elemen menarik.

Menurut Toyota, hayat bagi model Avensis facelift ini dijangka sehingga tahun 2018 dan selepas itu mungkin ia akan ditamatkan pengeluarannya. Walau bagaimana pun, Toyota masih belum membuat keputusan berhubung dengan model gantinya.

Avensis ini bakal diproduksi di Burnaston, UK dan dijangka mula dipasarkan pada musim panas ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *