Ford Edge Sport 2015 lebih sporty

By  |  0 Comments

Ford-Edge-2015-2

Ford telah mengumumkan spesifikasi prestasi bagi model Edge Sport 2015. Jika sebelum ini Ford pernah mengatakan bahawa model crossover ini mampu menghasilkan kuasa lebih daripada 300 hp, kini kenyataan sahih telah dikeluarkan iaitu enjin 2.7 liter EcoBoost V6 ini boleh menghamburkan kuasa sehingga 315 hp dan tork setinggi 474 Nm.

Bagi memberikan penampilan yang lebih segar, Edge Sport ini turut tampil dengan imej yang lebih sporty dan suspensi juga telah diberi talaan-sport dengan bar anti-olengan, gegelung yang lebih keras dan peredam belakang yang lebih unik. Malah crossover ini juga dipadankan dengan rim aluminium bersaiz 20-inci.

Ford-Edge-2015-6

Malah gaya sporty juga menghiasi ruangan kabin termasuklah tempat duduk sport balutan kulit, penutup pedal aluminium dan kekemasan gentian karbon tiruan. Malah ia juga ditampilkan dengan lampu ambien, sistem audio Sony dan sistem hiburan bersama skrin paparan bersaiz lapan-inci.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *