Mitsubishi Outlander Sport a.k.a ASX 2015 ditawarkan dengan enjin 2.4 liter

By  |  0 Comments

Mitsubishi-outlander-sport-GT-2

Mitsubishi telah memperkenalkan model Outlander Sport 2.4 ES atau pun lebih dikenali sebagai ASX 2015 yang kini menawarkan enjin 2.4 liter empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 168 hp.

Enjin Outlander Sport 2.4 ES 2015 ini mampu menghasilkan kuasa 20 hp lebih berbanding dengan model yang dilengkapi dengan enjin 2.0 liter empat-silinder. Model ini dijual pada harga bermula $21,295.

Mitsubishi-outlander-sport-GT-16

Malah enjin ini juga boleh didapati pada Outlander Sport 2.4 GT dan varian ini dijual pada harga bermula $23,595. Di mana varian tertinggi ini turut dilengkapi dengan pedal aluminium, tempat duduk pemandu dengan pelarasan elektronik, dan indikator LED pada cermin sisi. Mitsubishi turut memberikan dua pilihan pakej iaitu tempat duduk upsholstery balutan kulit premium, bumbung panoramik berkaca dan navigasi GPS.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *