Honda memperkenalkan model konsep FCV di Detroit

By  |  0 Comments

Honda-FCV-Concept-2

Honda turut tidak terlepas memperkenalkan model konsep FCV di NAIAS 2015, Detroit.

Ia direka sebagai pra-tonton bagi model produksi yang bakal diperkenalkan di Jepun pada tahun 2016 ini.

Model konsep ini memiliki rekaan luaran aerodinamik dengan garisan bumbung yang landai dan corong udara untuk mengurangkan daya seretan. Ia juga ditampilkan dengan lampu utama LED, roda aerodinamik dan bahagian belakang yang lebih bergaya.

Lima kapasiti tempat duduk terbentang di bahagian dalam dengan konsep yang lebih elegan serta dibaluti kulit yang premium, kekemasan kayuan dan metalik. Malah ia juga dipadankan dengan roda stereng berinspirasikan konsep penerbangan, kluster instrumen futuristik dan sistem hiburan yang kelihatan ‘terapung’.

Honda-FCV-Concept-21

Walau bagaimana pun, Honda masih tidak mengesahkan perihal spesifikasi model ini, namun difahamkan model produksinya akan dilengkapi dengan sel bahan api baharu dan 33% lebih kecil berbanding yang digunakan pada FCX Clarity. Model Konsep FCV ini juga boleh dipacu sehingga 482 km dan hanya perlu dicas semula dalam tempoh tiga minit sahaja.

Selepas pelancarannya di Jepun, ia juga bakal memasuki pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *