Hyundai Sonata Hybrid generasi terbaharu diperkenalkan di Seoul, Korea Selatan

By  |  0 Comments

2016-hyundai-sonata-hybrid-004-1

Sebelum menerbangkannya ke Amerika Utara untuk ditampilkan secara perdana di dalam Detroit Auto Show 2015 Januari ini, Hyundai telah memperkenalkan Sonata Hybrid generasi terbaharu di tempat kelahirannya, Seoul, Korea Selatan, terlebih dahulu.

Model Sonata Hybrid ini dikatakan telah membawa evolusi terkini dengan penambahbaikan penjana kuasa dan rekaan yang diperkemaskinikan.

Bagi pasaran domestik Korea, Sonata Hybrid ini bakal dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 154 hp dan tork setinggi 189 Nm bersama 52 hp dan 205 Nm daripada motor elektrik. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik dengan enam-kelajuan yang telah diberi penambahbaikan. Malah telah menggunakan klac baharu untuk mengurangkan daya seretan. Sementara itu, torque converter pula telah ditiadakan.

Pek bateri lithium-ion yang terletak di bawah bahagian but kereta juga telah dipertingkatkan sebanyak 13.3% menjadi 1.62 kilowatt per jam (berbanding 1.43 kWj pada model sebelumnya). Peningkatan kapasiti ini turut memberikan 10.5% lebihan ruangan kargo iaitu kini menjadi 380 liter.

Hyundai turut mendakwa penggunaan bahan api bagi model ini dicatatkan dengan anggaran 18.2 km bagi setiap liter mengikut ujian di Korea (berbanding16.8 km/l bagi model sebelum ini).

2016-hyundai-sonata-hybrid-005-1

Walau bagaimana pun, Hyundai belum bersedia mendedahkan enjin dan transmisi bagi pasaran US dan negara lain.

Bagi rekaannya, ia telah diperkemaskinikan, termasuk bahagian hadapan yang dipadankan dengan gril baharu yang lebih lurus dan lampu belakang yang lebih unik, spoiler pada bahagian tepi bonet belakang serta peresap belakang yang lebih bergaya memberikan penampilan yang sedikit berbeza berbanding model sebelumnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *