BMW 218i Coupe digandingkan dengan enjin MINI 1.5L

By  |  0 Comments

2015-bmw-2-series-1

BMW meneruskan kreativiti dalam mencipta evolusi bagi produknya dengan memperkenalkan model baharunya, BMW 218i yang digandingkan bersama enjin yang lebih kecil iaitu 1.5 liter 3-silinder. Model 2-Series ini berkongsi loji kuasa atau powerplant dengan MINI Cooper.

Perkongsian enjin dengan model terbaharu dari keluarga MINI ini membolehkah BMW 218i ini menghasilkan kuasa yang sama iaitu 136 hp dan tork setinggi 226 Nm. Namun pembeli boleh menempahnya dengan menggandingkan penjana kuasa itu bersama transmisi automatik lapan-kelajuan, berbanding enam-kelajuan bagi MINI.

Malah BMW turut mendakwa, enjin berkapasiti kecil ini yang mampu memberikan nisbah berat 50:50 sekali gus membolehkan jentera ini mengambil masa hanya 8.9 saat untuk 0-100 km/j. Manakala kelajuan maksimum yang boleh dicatatkan ialah 212 km/j.

2015-bmw-2-series-4

Manakala penggunaan bahan api pula mampu dicatatkan dengan anggaran 5.5 liter bagi setiap 100 km dan emisi CO2 pula ialah 129 g/km.

BMW turut merancang untuk membawa masuk beberapa lagi model daripada 2 Series ini ke pasaran Eropah. Ini termasuklah varian 220d yang turut ditampilkan dengan pacuan semua-roda xDrive dan BMW turut merancang untuk memperkenalkan beberapa pakej tambahan lain seperti Advantage, Luxury Line, Sport Line dan M Sport bagi memberikan pilihan kepada para pembeli.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *