Harga baharu bagi RON95, RON97 & diesel mulai 1 Dis 2014

By  |  0 Comments

RON95

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan harga baharu bagi bahan api RON95 dan diesel berkuatkuasa mulai 1 Disember 2014. Selain dua bahan api tersebut, RON97 juga mengalami perubahan harga mulai tarikh yang sama.

Di mana harga runcit petrol RON95 diturunkan sebanyak 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter. Manakala harga RON97 juga diturunkan iaitu sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter. Namun harga bahan api diesel pula dinaikkan sebanyak 3 sen seliter menjadi RM2.23 seliter.

Walau bagaimana pun, harga tersebut akan berubah jika harga pasaran minyak dunia turut mengalami perubahan. Ini juga termasuklah perubahan pada nilai pertukaran wang asing. Justeru, pihak kementerian akan mengumumkan harga baharu jika ada sebarang perubahan.

Pada 2 Oktober lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter. Ini bermakna, RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.

Kemudian pada 21 November pula, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, telah mengumumkan semua subsidi bagi RON95 dan diesel dihentikan mulai 1 Disember.

Menurut Hasan, pengumuman ini dibuat setelah mendapati harga pasaran lebih rendah berbanding harga di stesen minyak. Beliau turut menambah harga jualan petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal. Di mana penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

Manakala mulai 19 November lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan harga runcit bagi bahan api RON97 diturunkan 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter.

Perubahan harga bahan api ini adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal dan ia bergantung pada harga pasaran minyak dunia. Di mana pihak kerajaan yakin kaedah pengapungan terkawal terhadap petrol terutamanya RON95 bakal memberi fleksibiliti kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *