Audi rai ulang tahun ke-20 model A4

By  |  0 Comments

AUDI A4_1

Audi telah meraikan ulang tahun yang ke-20 model A4 yang disifatkan sebagai “model Audi paling berjaya sepanjang zaman”. Setelah memasuki dua dekad, kini Audi telah menjual lebih daripada enam juta unit model A4 ke serata negara termasuklah dua juta unit bagi model generasi terbaharu. Audi juga mengesahkan permintaan yang begitu menggalakkan datangnya dari China, Amerika Syarikat dan Jerman.

Selain meraikan ulang tahun tersebut, Audi turut mengesahkan kilang Ingolstadt sedang dalam persediaan untuk menghasilkan model generasi baharu yang bakal dilancarkan pada tahun 2015 tanpa mendedahkan perincian selanjutnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *