Hyundai Elantra sudah terjual 10 juta unit di seluruh dunia

By  |  0 Comments

Hyundai Elantra

Model Hyundai yang banyak menerima anugerah pengiktirafan, Elantra (atau pun juga dikenali sebagai Avante dalam pasaran di beberapa negara), direkodkan telah mencecah jualan 10 juta unit di seluruh dunia. Elantra merupakan model pertama Hyundai dan salah satu daripada 10 model kenderaan yang telah mencatat sejarah kegemilangan di dalam industri automotif, dengan mencecah jualan 10 juta unit.

Elantra yang dilancarkan 24 tahun yang lalu iaitu pada 1990, mampu mencatat jualan antara 420,000 unit setahun atau pun menyamai 1,100 unit sehari.

Menurut Ketua Pengarah Operasi Hyundai Motor, Tak Uk Im, pencapaian membuktikan bahawa Elantra memiliki daya tarikan yang tersendiri, kepelbagaian fungsi dan juga mempunyai prestasi terbaik.

Model generasi ke-lima Elantra juga telah meneruskan kesinambungan apabila berjaya mencatat jualan tinggi di kalangan pesaingnya di bawah segmen yang sama.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *