IIMS 2014 : Penampilan perdana Honda HR-V peringkat Asian

By  |  0 Comments

Honda-HR-V-IIMS-1

Inilah antara model yang paling ‘panas’ dipamerkan di Indonesian International Motor Show 2014. Membuat penampilan perdana pertamanya untuk peringkat Asian, Honda HR-V, yang berada di bawah segmen-B, kini telah bersedia menerima tempahan. Ops! Berita ini hanya untuk pasaran Indonesia. Menurut pihak Honda, HR-V ini akan diproduksi di negara berkenaan bermula Januari 2015.

Untuk dua model seperti mana yang dipaparkan menerusi foto ini, ia merupakan model prototaip untuk pasaran Indonesia. Buat masa ini, imej luarannya telah disahkan, rekaan dalaman dan kekemasannya masih belum diputuskan lagi.

Ia bakal menawarkan dua enjin iaitu 1.5 liter (sama seperti Honda City/Jazz) yang mampu menghasilkan kuasa 120 PS dan tork 145 Nm serta 1.8 liter (139 PS/169 Nm). Kedua-duanya turut dipadankan dengan unit SOHC i-VTEC empat-silinder dan kotak gear automatik CVT. Enjin berkapasiti kecil juga akan dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan.

Honda-HR-V-IIMS-7

HR-V atau lebih dikenali sebagai Vezel di Jepun, memiliki ukuran jarak roda 2,610 mm iaitu 10 mm lebih panjang berbanding sedan dan 80 mm lebih panjang daripada hatchback. SUV ini turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 215/55.

Untuk pasaran Indonesia ini, ia bakal ditawarkan pada empat varian iaitu 1.5 A, 1.5 S, 1.5 E dan 1.8 Prestige. Di mana model 1.5 A hanya transmisi manual. Manakala varian S pula boleh didapati dalam transmisi manual atau CVT. Dua lagi varian iaitu E dan 1.8 Prestige, masing-masing ditawarkan pada transmisi CVT sahaja.

Bagi model berwarna putih ini, ia adalah varian 1.5 yang didatangkan dengan lampu utama halogen dengan lingkaran plastik berwarna hitam di sekeliling kerangka.

Honda-HR-V-IIMS-2

Manakala bagi model berwarna biru pula ialah varian 1.8 dan keseluruhan kerangkanya tampil dengan warna yang sama, dan turut didatangkan dengan lampu utama LED dan lampu pencahayaan siang (DRL).

Bagi aspek keselamatan, kesemua varian HR-V ini bakal dilengkapi dengan brek parkir elektrik, ABS, EBD, Bantuan Brek, dua beg udara dan Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA).

Honda-HR-V-IIMS-8

Malah HR-V ini turut mengimplementasikan tempat duduk Ultra seperti mana yang digunakan bagi model Jazz baharu. Bagi model 1.5 E pula, ia menerima elemen tambahan seperti penghawa dingin kawalan automatik, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, kawalan kelajuan, pedal penukar gear dan tempat duduk balutan kulit.

Manakala bagi varian 1.8 Prestigem ia turut dilengkapi dengan bumbung panorama, kekemasan dalaman material kulit termasuk tempat duduk. Ia juga menerima pertambahan empaty lagi beg udara dan juga kamera undur.

SUV ini dijangka dijual pada harga bermula 240 juta rupiah (RM64,907) untuk varian asas 1.5, meningkat ke 350 juta rupiah (RM94,555) untuk 1.8 Prestige.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *