Proton Suprima S tampil dengan kit badan R3 – Berharga dari RM1,017

By  |  0 Comments

proton-suprima-s-r3-bodykit-1

Bagi anda pemilik (atau bakal) Proton Suprima S yang teringin hendak memantapkan lagi imej jentera anda inilah masa yang paling sesuai. Menerusi laman sosial FB, Proton Motorsports telah mengumumkan kehadiran kit badan R3 bagi Suprima S yang kini sudah pun boleh ditempah.

Ditawarkan untuk semua warna kerangka Suprima S, kid badan R3 ini berharga bermula RM1,017 (tidak termasuk kos pemasangan). Di mana harganya akan berbeza-beza mengikut pilihan warna.

Menurut Proton Motorsports, bagi sesiapa yang menempah kit badan ini sebelum 28 September 2014 bakal menerima diskaun sebanyak 20 peratus.

proton-suprima-s-r3-bodykit-2-850x566

Mengikut foto yang dipaparkan ini, kelihatan Suprima S ini ditampilkan dengan rim aloi R3 gunmetal tujuh-jejari bersaiz 17 inci, sama seperti Suprima S Super Premium yang dilancarkan pada 18 Januari lalu. Difahamkan untuk satu set rim tersebut dijangka berharga RM2,500.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *