Proton Preve terima pengiktirafan sempena Asean NCAP Grand Prix 2014

By  |  0 Comments

Preve

Pernah menerima pengiktirafan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dan ANCAP sebelum ini, terbaharu Proton Preve telah menerima satu lagi penghargaan iaitu diangkat sebagai pemenang bagi kategori Pelindungan Penumpang Dewasa Bagi Keluarga Sederhana.

Kejayaan Preve ini berjaya menumpaskan beberapa calon lain termasuk Honda Civic dan Toyota Corolla Altis. Ia diputuskan oleh ASEAN NCAP dan diumumkan ketika berlangsungnya ASEAN NCAP Grand Prix Awards di Kuching, Sarawak pada 27 Ogos lalu.

Menurut CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, anugerah ini boleh dianggap sebagai bukti yang kukuh berkenaan dengan usaha gigih Proton sepanjang tahun. Di mana Proton telah membuat pelaburan yang besar bagi teknologi dan juga meningkatkan lagi kredibiliti tenaga kerja Proton bagi menyalurkan perkhidmatan di luar zon selesa.

Proton juga beranggapan, bukanlah mudah untuk sampai ke prestasi sebegini, apatah lagi persepsi rakyat Malaysia sendiri yang kurang berkeyakinan terhadap kualiti produk buatan Malaysia. Justeru, pengiktirafan daripada ASEAN NCAP ini diharap dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap produk Proton.

Selain menekankan aspek keselamatan dengan standard yang tinggi, Preve juga antara salah satu model global Proton yang turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden termasuklah daripada segi prestasi, penggayaan, pemanduan berdinamik dan juga sofistikated.

Dato’ Harith menambah, “Seperti mana yang selalu dikatakan, kami akan berterusan meningkatkan lagi R&D dan pelbagai ujian yang berkaitan, bagi memastikan model keluaran kami bukan setakat memiliki kualiti yang bagus, bahkan menampilkan aspek keselamatan yang mengikuti piawaian antarabangsa. Kami benar-benar maksudkan apa yang dikatakan dan akan berterusan melakukan yang terbaik.”

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57, Proton berbesar hati menawarkan dua pakej istimewa yang memberi pelbagai manfaat kepada bakal pemilik kenderaan Proton dan pelanggan setia syarikat pengeluar kereta pertama Malaysia ini. Pakej tersebut ialah Bersamamu Malaysia dan Family First Promotion yang memberi pelbagai insentif dan manfaat kepada pemilik kenderaan keluarannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *