Proton tawar dua pakej istimewa sempena Hari Kemerdekaan ke-57

By  |  0 Comments

ProtonCarnival04

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57, Proton berbesar hati menawarkan dua pakej istimewa yang memberi pelbagai manfaat kepada bakal pemilik kenderaan Proton dan pelanggan setia syarikat pengeluar kereta pertama Malaysia ini.

Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, pihaknya telah menawarkan dua pakej yang berbeza iaitu Bersamamu Malaysia dan Family First Promotion yang memberi pelbagai insentif dan manfaat kepada pemilik kenderaan keluarannya.

Di mana ia menawarkan potongan lima peratus bagi setiap pembelian kereta baharu. Tawaran ini juga diberikan kepada ahli keluarga dan pembelian kereta baharu itu tidak perlu didaftarkan di bawah nama pelanggan tersebut.

Malah Proton juga menawarkan servis tiga tahun percuma bagi pembelian kereta baharu. Langkah ini merupakan penghargaan kepada pelanggan yang menyokong produk tempatan.

Tempahan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 30 September hadapan manakala pendaftaran boleh dibuat mulai esok sehingga 15 Oktober depan.

Menurut Abdul Harith, dalam promosi Bersamamu Malaysia, pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM8,000 bergantung kepada model kereta dan kadar faedah serendah 2.95 peratus.

Manakala bagi promosi Family First, pelanggan sedia ada boleh memiliki kereta Proton baharu dengan diskaun lima peratus. Namun pelanggan hanya boleh memilih salah satu promosi yang ditawarkan.

PROTON-IRIZ

Perkhabaran juga semakin bertebaran apabila Proton telah bersedia untuk melancarkan model terbaharunya iaitu Proton Compact Car (PCC) pada penghujung September ini. Malah Proton juga telah mendedahkan foto lengkap model ini buat pertama kali menerusi laman microsite khas untuk PCC, betulbetulonz.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *