Lexus memperluaskan kuasa ke Borneo

By  |  0 Comments

1.The New Lexus Kuching Showroom

Buat pertama kalinya, Lexus Malaysia ‘mendarat’ di Borneo dengan pembukaan pusat 3S pertama jenama itu di Kuching, Sarawak. Ia sebagai misi memperkukuhkan lagi kedudukannya di dalam pasaran kenderaan mewah di Malaysia.

Majlis pelancarannya telah disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Boulevard dan Shin Yang, Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho, Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi, Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Boulevard dan Shin Yang, Ling Chiong Sing dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Boulevard, James Ling.

3.Group Photo

Perasmian pusat 3S pertama Lexus ini menjadi penanda aras baru bagi operasi syarikat itu di sini, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan Lexus di sana untuk merasai pengalaman pemilikan jenama mewah Lexus yang sebenar dengan semua kemudahan disediakan.

Lexus Kuching dikendalikan oleh Boulevard Jaya yang turut membuka pusat jualan dengan kemudahan lengkap bagi Toyota bersebelahan pusat 3S Lexus terbaru ini.

Premis lima tingkat ini dilengkapi dengan kemudahan canggih yang turut mampu mempamerkan tujuh model terbaharu Lexus dan juga beroperasi sebagai pusat servis di mana pelanggan boleh datang semula untuk menyelenggara kenderaan mereka.

Menurut Datuk Ismet Suki dalam ucapannya, “Adalah penting untuk ditegaskan bahawa Lexus bukanlah penjual kenderaan mewah semata-mata. Kami menawarkan pengalaman pemilikan yang tiada tandingan di dalam kelasnya kepada setiap pelanggan. Sebaik saja mereka melangkah masuk ke ruang pameran Lexus, setiap individu itu adalah tetamu kami, bukan hanya sekadar pelanggan berpotensi jenama ini.”

Sejak pengenalannya pada 2007, Lexus Malaysia sudah melancarkan pusat 3S di Mutiara Damansara, Penang, Johor Bahru, Sungai Besi, sebuah bilik pameran di Kuala Lumpur dan terbaharu, di Kuching, Sarawak.

Lexus Malaysia juga melabur sebanyak RM50 juta untuk mengembangkan rangkaian jenama ini bagi menawarkan keselesaan kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai sendiri layanan mewah Lexus. Malah dua lagi premis Lexus akan dilancarkan menjelang suku ketiga tahun ini iaitu di Ipoh dan Melaka.

Sepanjang tempoh itu, Lexus Malaysia berjaya menjual 6,000 unit kenderaan, dan dengan kepelbagaian model yang ditawarkan seperti Lexus IS, ES, GS, LS dan RX.

Pusat 3S Lexus Kuching serba baharu ini terletak di Lot 872 & 873, Blok 16, KCLD, Jalan Datuk Tawi Sli, Kuching, Sarawak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *