Volkswagen anjur kempen “Balik Kampung Dengan Selamat dan Bergaya”

By  |  0 Comments

Photo 2

Volkswagen Group Malaysia (VGM) mengumumkan kempen “Balik Kampung Dengan Selamat dan Bergaya” sempena dengan kedatangan Syawal tidak lama lagi. Kempen ini berlangsung dengan kerjasama pereka fesyen tempatan terkenal, Melinda Looi.

Kempen yang bermula pada 10 Jun sehingga 10 Julai ini, telah pun dilancarkan pada pelancaran koleksi Raya 2014 ’emel by Melinda Looi’. Malah VGM turut menawarkan Polo Sedan sebagai hadiah utama bagi kempen ini.

Photo 1

Menurut Pengarah Urusan VGM, Christoph Aringer, pihaknya mahu menjadi sebahagian daripada kegembiraan para pelanggan yang bakal menyambut kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Justeru, VGM sangat berbesar hati untuk memberikan Polo Sedan baharu kepada pemenang bertuah yang mengambil bahagian di dalam kempen ini.

Untuk mengambil bahagian di dalam kempen ini, anda tidak perlu membeli sebarang model VW. Sebaliknya anda perlu mengunjungi mana-mana wakil pengedar VW untuk memandu uji model kenderaannya atau pun log on sahaja di http://bit.ly/emelxVW dan menjawab borang kaji selidik yang disediakan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *