Range Rover Sport serba baharu lebih berani!

By  |  0 Comments

RoverSport01

Hampir setahun ia dilancarkan di peringkat global, hari ini Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia, telah melancarkan secara rasmi Range Rover Sport serba baharu. Secara tidak langsung telah melengkapkan portfolio kenderaan Range Rover yang ditawarkan oleh syarikat tersebut di Malaysia.

Dikenali sebagai Land Rover paling pantas, tangkas dan responsif, Range Rover Sport baharu ini merupakan sebuah SUV sports mewah terunggul. Dibina berlandaskan casis model Range Rover utama dan menampilkan landasan monokok aluminium ringan lagi canggih, ia menghasilkan dinamik pacuan jalan raya luar biasa dengan prestasi terbaik di atas semua permukaan dan menawarkan pelbagai keupayaan yang tiada tandingan.

Pentafsiran terbaru Range Rover Sport yang berteknologi canggih mempersembahkan bahagian luar yang lebih gagah dan bertenaga dengan bahagian dalam yang lebih mewah dan fleksibiliti yang disediakan oleh pilihan kerusi 5+2.

Range Rover Sport menawarkan tiga varian untuk pasaran Malaysia iaitu 5.0 liter V8 Petrol Supercharged (510 PS/625 Nm), 3.0 liter V6 Supercharged (340 PS/450 Nm) dan 3.0 liter SDV6 Diesel (292 PS/600 Nm).

Menurut pengarah urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali, Range Rover Sport baharu ini mampu memartabatkan kedudukan yang unik dalam segmennya. Ia menjadi asas kepada portfolio premium tiga model baharu antara model utama Range Rover dan juga Range Rover Evoque yang paling laris.

Malah SUV ini telah direka cipta untuk merakamkan DNA tersendiri pendahulunya, tetapi dengan evolusi yang berani. Direka dan dibina di pusat pembangunan Land Rover di UK, Range Rover Sport baharu dikeluarkan di Solihull, United Kingdom dan dijual di 169 pasaran di seluruh dunia.

RoverSport30

Range Rover Sport telah direka cipta untuk menghasilkan dinamik pemanduan jalan raya yang jauh lebih baik, dengan pengendalian lebih terhubung dan tangkas yang disokong oleh pacuan dan penambahbaikan dari segi keselesaan perjalanan dan perapian.

Ia juga bagai menandakan satu langkah penting bagi model ini, dengan mengguna pakai teknologi kenderaan ringan canggih dan pacuan kuasa baru daripada Range Rover yang terkemuka, untuk mengubah pengalaman pemanduan. Dengan sudut skrin depan ‘lebih laju’, profil bergaris arus dan garis bumbung yang melandai, Range Rover Sport baharu adalah lapan peratus lebih aerodinamik daripada model sebelumnya dan mencapai angka seretan Cd 0.34.

SUV ini juga hanya 62 mm lebih panjang daripada pendahulunya, tetapi pada 4850 mm, badannya lebih pendek daripada SUV tujuh tempat duduk dan kebanyakan sedan segmen E, memudahkan pengendalian dan pergerakan meletakkan kereta. Bagaimanapun, jarak roda yang jauh lebih panjang, iaitu peningkatan ketara 178 mm, memberi ruang lebih luas dan capaian lebih baik bagi penumpang belakang.

Range Rover Sport 3.0L SDV6 Diesel HSE ditawarkan pada harga RM859,888 untuk Senanjung Malaysia dan RM863,688 bagi Malaysia Timur. Manakala model 3.0L Supercharges Petrol HSE Dynamic pula berharga RM939,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM943,688 bagi Malaysia Timur. Dan model 5.0L Supercharges Petrol HSE Dynamic pula berharga RM998,888 bagi Semenanjung Malaysia dan RM1,002,688 untuk Malaysia Timur. Ia merupakan harga atas jalan tanpa insurans.

Setiap pembeliannya juga didatangkan dengan dengan waranti lima tahun dan perkhidmatan percuma lima tahun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq