Nissan Teana serba baharu pamer penampilan lebih prestij – Berharga RM140k-RM170k

By  |  0 Comments

Teana01

Selepas melancarkan Nissan Sylphy serba baharu pada 29 April yang lalu, hari ini tibalah pula giliran Teana untuk dilancarkan secara gilang-gemilang. Bertempat di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, model Teana serba baharu ini adalah hasil pemasangan tempatan (unit CKD) yang dipasang di kilang Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd yang terletak di Serendah, Selangor.

Ia menawarkan penampilan yang lebih berprestij dan elegan yang diserlahkan menerusi gayaan hadapan agresif, reka bentuk gril baharu yang kemas dan lampu utama dengan lensa projektor. Ia sememangnya sebuah sedan yang hadir bersama ciri pintar dan kontemporari, berbezaa daripada reka bentuk sedan konvensional untuk segmen D.

Teana03

Pada majlis pelancaran, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ David Chen berkata, “ETCM berbesar hati untuk memperkenalkan Nissan Teana serba baharu generasi ketiga kepada pengguna di Malaysia. Tagline Teana serba baharu iaitu “Drive to Greatness” membuktikan prestasi pemanduan, kemewahan dan keselesaan terbaik untuk semua pelanggan kami yang bijak menilai serta golongan usahawan muda.”

Nissan Teana serba baharu hadir dalam tiga varian iaitu 2.5XV, 2.0XL and 2.0XE.

Apakah perubahan yang diterapkan pada Teana serba baharu ini?

Menurut Nissan, ia menggunakan enjin QR25DE yang baharu dibangunkan bersama penambahbaikan ketara pada julat tork yang rendah dan sederhana. Kebuk pembakaran yang telah dipertingkatkan dan kecekapan emisi juga membuatkan prestasi pemanduan varian 2.5XV lebih lancar dan ekonomikal. Enjin penuh kuasa ini didatangkan bersama sistem CVTC Berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) Nissan.

L33_Nissan_Teana_2014_019

Teana 2.5XV hadir dengan kuasa maksimum 173hp dan tork lebih tinggi iaitu 234Nm jika dibandingkan dengan model terdahulu (228Nm).

Walau bagaimana pun, Nissan masih mengekalkan penggunaan enjin MR20DE yang telah terbukti pada varian 2.0XL dan 2.0XE. Enjin empat silinder, 16 injap bersesaran 1,997cc itu menawarkan kuasa maksimum 136hp dan tork 190Nm.

Kesemua tiga varian itu dibekalkan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi seterusnya yang menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan, berkuasa dan pecutan yang tepat terutama ketika hendak memotong kenderaan lain di lebuh raya. Ia juga tahan lasak berbanding transmisi automatik konvensional. Di mana 70 peratus komponen XTRONIC CVT telah direka semula untuk mengurangkan tahap geseran dalaman dan menjadikannya lebih kompak.

L33_Nissan_Teana_2014_031

Berdasarkan kepada data ujian dalaman Nissan, Nissan Teana 2.0 liter baharu boleh mencapai jarak 13.5km per liter manakala Teana 2.5 liter pula 13.3km per liter.

Manakala bagi pengendalian yang lebih mantap pula, Teana menggunakan suspensi belakang Multi-link dan sistem Stereng Kuasa Elektro-Hidraulik (Electro-Hydraulic Power Steering) yang telah digabungkan untuk menawarkan pemanduan yang lancar, selain lebih stabil dan mencengkam di atas jalan raya. Keseimbangan di antara stereng responsif dan pengendalian yang selesa membantu menawarkan pengalaman pemanduan lebih selamat serta meyakinkan ketika membelok.

Manakala ciri AUC (Active Understeer Control) yang menggunakan logik kawalan pintar dan penggerak brek bermaklum balas tinggi untuk mengaktifkan brek pada bahagian dalam roda hadapan ketika mengambil selekoh tajam.

Teknologi inovatif yang turut berfungsi ialah Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS). Ia membantu pemandu meningkatkan kawalan, selain menyediakan belokan yang selamat serta lancar di atas jalan yang licin, basah atau berpasir.

L33_Nissan_Teana_2014_005

Selain memberikan prestasi dan pengendalian yang dikagumi, Teana serba baharu juga tampil dengan imej yang lebih menarik. Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan rasa sebuah sedan yang premium dan berkualiti. Garis karekter yang beralun dan tajam dari arah hadapan ke belakang mencetuskan aliran momentum dan mengurangkan daya pekali seretan.

Gril hadapan diletak dengan kemas di antara lampu utama jenis projektor yang menghasilkan gayaan berani dan sofistikated pada bahagian hadapan. Lampu utama jenis Xenon dengan Pelaras Automatik dan Pembersih (hanya ada pada varian 2.5XV), mampu meningkatkan pandangan pada waktu malam. Lampu utama itu hadir dengan Sistem Lampu Automatik Termaju yang akan menyala secara automatik ketika hujan (atau kondisi gelap) apabila penggilap cermin hadapan dioperasikan secara berterusan.

Manakala varian 2.5XV dilengkapi bumbung suria yang menawarkan pandangan dan cahaya semula jadi ke dalam kabin.

Begitu juga dengan rekaan dalamanya yang dilatari kemasan berwarna perak serta tempat duduk dibalut kulit yang lembut dan berkualiti tinggi. Malah ia juga menawarkan kabin yang luas dan selesa. Reka bentuk tempat duduk hadapan dioptimumkan untuk rasa lebih luas berbanding saiz sebenarnya. Terdapat penambahbaikan yang ketara pada ruang kaki penumpang belakang berbanding model sebelum ini.

L33_Nissan_Teana_2014_025

Nissan Teana serba baharu hadir bersama kapasiti ruang kargo sebanyak 516 liter. Tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 menggantikan reka bentuk yang ada pada generasi terdahulu bagi membolehkan barangan besar dapat disimpan dengan lebih mudah.

Sama seperti menaiki kelas pertama penerbangan, Nissan Teana serba baharu dilengkapi reka bentuk tempat duduk “Berinspirasikan Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang, selain menambah baik aliran darah. Ia membantu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama.

Bunyi bising di dalam ruang kabin Nissan Teana serba baharu juga telah dikurangkan secara signifikan. Terima kasih kepada penggunaan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH).

Bukan itu sahaja, varian 2.5XV dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan unit pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling mengagumkan.

L33_Nissan_Teana_2014_026

Paparan ADAD (Advanced Drive Assist Display) bersaiz empat inci dengan warna grafik 3D diletakkan di hadapan pemandu agar mudah dilihat. Manakala butang kawalan audio dan sistem kawalan jelajah (cruise control) diletakkan pada stereng agar mudah dioperasi. Untuk lebih mudah dan selesa, model ini turut dilengkapi Kawalan Suhu Automatik Dua Zon dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin.

Bagi aspek keselamatan pemandu dan penumpang, ia dilengkapi enam beg udara SRS di seluruh kabin untuk melindungi mereka yang tersayang. VDC dan TCS bersama beberapa sistem kawalan keselamatan seperti AUC (Active Understeer Control), ABS, EBD dan sistem Bantuan Brek (BA) juga membantu pemandu supaya terus dapat mengawal kenderaan dan mengelak halangan dalam situasi cemas. Ciri-ciri termaju ini meningkatkan kestabilan kenderaan dan mengelakkan gelinciran di atas jalan yang licin.

Sementara HSA (Hill Start Assist) pula mengelakkan kereta daripada mengundur ketika hendak memulakan perjalanan di laluan berbukit.

J32_Nissan_Teana_2013_002

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Lampu Brek Ketiga LED yang diletakkan pada posisi tinggi, poin tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, tali pinggang keledar hadapan dengan pengehad beban dan pra-regangan, Emergency Locking Restraint (ELR) 3 poin, penggilap cermin hadapan boleh ubah kelajuannya, binaan badan kukuh serta binaan hadapan kenderaan untuk perlindungan pejalan kaki.

Lima warna disediakan termasuklah satu warna baharu iaitu biru (Storm Blue), selain warna perak (Tungsten Silver), hitam (Diamond Black), emas (Bronze Gold) dan putih (Brilliant White).

Harga Nissan Teana serba baharu di atas jalan ialah RM169,900 untuk varian 2.5XV, RM149,800 bagi model 2.0XL dan RM139,800 untuk 2.0XE. Bagi pasaran Sabah dan Sarawak, harganya lebih RM1,000 daripada harga untuk Semenanjung. Semua varian ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

Info Kereta telah pun memandu uji Nissan Teana serba baharu ini sebulan yang lalu. Klik pautan INI untuk ulasan mengenainya.

Gambar majlis pelancaran Nissan Teana serba baharu

Gambar rasmi Nissan Teana serba baharu

Nissan Teana serba baharu (Generasi Ketiga)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq