Toyota Yaris 2014 versi Euro lebih dinamik & emotif

By  |  0 Comments

Yaris_017

Toyota baru saja mendedahkan beberapa perincian berkenaan dengan model Yaris 2014 bagi spesifikasi Euro yang digambarkan sebagai lebih dinamik dan emotif. Model facelift ini menerima padanan gril hadapan yang lebih kecil dengan hos vakum (intake manifold) trapezoidal yang agak besar.

Model hatchback ini juga dilengkapi dengan lampu utama LED, bampar belakang baharu dan rim aloi rekaan semula bersaiz 15 atau 16 inci sebagai pilihan.

Yaris_011

Manakala untuk bahagian kabinnya, tiada banyak perubahan melainkan telah menampilkan papan pemuka rekaan baharu, konsol tengah yang dipertingkatkan dan kekemasan dalaman yang lebih berkualiti tinggi termasuk plastik sentuhan lembut, kekemasan krom satin dan sebagainya. Malah Yaris ini juga dilengkapi dengan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh inci.

Yaris_046

Untuk pasaran Eropah, Yaris didatangkan dengan empat pilihan enjin iaitu petrol 1.0 liter tiga silinder (69 PS/95 Nm), petrol 1.3 liter empat silinder (99 PS/125 Nm), diesel 1.4 liter empat silinder (90 PS/205 Nm) dan hibrid 1.5 liter empat silinder (100 PS).

Selain itu, Yaris 2014 ini juga menerima struktur kerangka yang lebih mantap, penyerap hentak baharu dan sistem stereng berkuasa yang telah dipertingkatkan. Malah sistem suspensi bagi bahagian belakang juga telah dipertingkatkan untuk membuatkan pengendalian lebih selesa dengan memberikan olengan badan yang lebih baik.

Walau bagaimana pun model ini adalah berbeza dengan Yaris 2014 untuk pasaran Asia termasuk Malaysia yang telah pun dibuka tempahan sejak Mac yang lalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq