Lamborghini derma Huracan LP 610-4 untuk Italian Polizia

By  |  0 Comments

lamborghini-huracan-police-01-1

Untungnya polis Itali atau Italian Polizian kerana mendapat tajaan kereta rasmi dari Lamborghini iaitu model Huracan LP 610-4. Ia bagi menggantikan model Gallardo yang pernah berkhidmat bersama Italian Polizian selama enam tahun.

Supercar ini bakal digunakan untuk “mengekalkan tahap keselamatan jalan raya di Itali” dan ia juga dilengkapi dengan Q-Branch, iaitu pelbagai elemen penting termasuklah “Proof Video Data System” untuk mengesan kedudukan Lamborghini ini apabila mengejar suspek, pengesanan nombor plat, waktu penghantaran imej ke ibu pejabat, empat siren, paling lampu aerodinamik dan banyak lagi.

Paling menarik, Huracan LP 610-4 ini turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan bersama sistem penyejukan yang bertujuan bagi penghantaran organ manusia.

Dengan enjin penuh berkuasa 5.2 liter V10, Huracan LP 610-4 ini mampu meledak sehingga 610 hp pada 8,250 rpm dengan tork maksimum 560 Nm pada 6,500 rpm. Kombinasi suntikan terus “Iniezione Diretta Stratificata” memberikan kuasa dan tork tambahan untuk supercar ini berbanding dengan model Gallardo.

lamborghini-huracan-police-02-1

Jentera ini juga dipadankan dengan transmisi baharu “Lamborghini Doppia Frizione” klac berkembar dengan tujuh kelajuan.

Malah ia juga memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien. Lamborghini turut mendakwa Huracan mampu mencapai penggunaan bahan api di antara 12.5 liter bagi setiap 100 km atau 8 km untuk setiap liter.

Huracan mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 325 km/j dan catatan masa daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *