Honda Jazz serba baharu telah dilancarkan di Thailand

By  |  0 Comments

2014-Honda-Jazz-Thailand-01

Tidak dinafikan industri automotif Thailand lebih rancak berbanding Malaysia. Justeru, negara berkenaan lebih pantas menerima kemasukan model-model baharu kenderaan. Terbaru, Honda Jazz 2014 telah pun dilancarkan di sana, menjadikan Thailand sebagai negara pertama di rantau ini yang memperkenalkan generasi ketiga Jazz.

Mungkin ada yang berpendapat paras rupa Jazz ini memiliki persamaan dengan model City yang juga baru diperkenalkan. Ya, tepat sekali pendapat anda kerana model City turut menampilkan imej “Solid Wing Face” dan berkongsi platform dengan hatchback ini. Malah rekaan pada papan pemukanya juga memiliki persamaan.

2014-Honda-Jazz-Thailand-04

Jazz baharu ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC yang mampu memberikan kuasa sehingga 117 hp dan 146 Nm yang dipadankan dengan kotak gear CVT.

Seperti mana varian spesifikasi tertinggi Honda City di Thailand, Jazz ini juga tampil dengan pedal penukar gear pada roda stereng dan juga didatangkan dengan mod manual tujuh kelajuan. Malah turut didatangkan dengan butang ECON yang berfungsi sebagai Eco Coaching.

2014-Honda-Jazz-Thailand-03

Pada bahagian kokpitnya, Jazz baharu ini juga menampilkan sistem audio dengan skrin sesentuh tujuh inci yang mampu menyokong format HDMU, Siri Eyes Free Mode untuk telefon pintar iPhone (4S dan model yang lebih tertinggi), penghawa dingin dengan panel sesentuh, kawalan audio dan telefon bimbit pada stereng, sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin.

Untuk aspek keselamatan, Jazz ini turut dipadankan dengan enam beg udara, ABS, EBD, VSA dan kamera pintar.

Model hatchback ini dijual bermula pada harga 555,000 baht (RM54,776) untuk versi manual (S MT). Manakala varian CVT pula (S AT) berharga 594,000 baht (RM58,672) dan SV+ iaitu model spesifikasi tertinggi 754,000 baht (RM74,529).

Honda Jazz 2014 dijangka bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi, kemungkinan besar pada suku ketiga tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *