Volkswagen CC baharu dalam R&D – Hanya di US

By  |  0 Comments

VW_CC

CEO bagi Volkswagen USA, Michael Horn, telah mendedahkan perancangan mengenai model generasi baharu Volkswagen CC. Beliau berkata, model CC ini sedang dalam R&D dan terdapat dua varian sedang dalam peringkat kajian. Walau bagaimana pun, pihak VW sangat serius untuk menghasilkan waima satu model CC generasi baharu dan bakal dipasarkan di negara berkenaan kelak.

Memandangkan nilai import dan pertukaran mata wang asing agak tinggi sejak kebelakangan ini, membuatkan Volkswagen US sepakat untuk memproduksikan model berkenaan dalam negara sahaja. Atau paling dekat pun, di Mexico. Namun begitu, ia mungkin mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk dilaksanakan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *