Subaru bakal tampil dengan platform baharu

By  |  0 Comments

SUBARU LOGO

Subaru melalui syarikat induknya, Fuji Heavy Industries, telah mengumumkan bakal perancangan baharu bagi memperluaskan empayar mereka yang digelar “Prominence 2020”. Ia bertujuan bagi memantapkan lagi jenama ini pada masa hadapan.

Perancangan utama yang disebut-sebut ialah Subaru bakal memperkenalkan platform baharu bagi semua modelnya daripada Impreza hinggalah ke Outback. Platform baharu ini yang diperkenalkan iaitu Subaru Global Platform (SGP) akan tampil buat pertama kalinya bagi generasi terbaharu Impreza.

Malah Subaru juga bakal meningkatkan kualiti dan penambahbaikan untuk semua produknya dengan memberi fokus keutamaan buat model SUV. Sebagai inisiatif, Subaru juga bakal memperkenalkan SUV crossover tujuh tempat duduk bagi menggantikan model Tribeca. Walau bagaimana pun, tidak dinyatakan bila ia bakal dihasilkan. Namun kemungkinan besar, ia bakal diproduksi di Amerika Syarikat.

Malah melalui perancangan ini juga Subaru bakal mempertingkatkan penjimatan bahan api dengan menambah suntikan terus pada enjin petrol dan turut bakal memperkenalkan teknologi pengaktifan silinder.

Satu lagi berita baik yang turut didedahkan oleh Subaru ialah mereka juga bakal tampil dengan model plug-in hybrid tidak lama lagi. Di mana ia bakal bekerjasama dengan teknologi yang dibangunkan oleh Toyota.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq