Perodua lancar pusat alat ganti baharu

By  |  0 Comments

official launch of the New Parts Centre

Perodua melebarlah lagi sayap empayar mereka dengan membuka pusat alat ganti baharu yang terletak di Rawang, Selangor. Dengan melibatkan kos sebanyak RM28.2 juta, objektif utama pusat alat ganti ini ialah untuk memperbaiki gudang alat ganti Perodua dan operasi logistik sebagai persediaan menghadapi permintaan alat ganti yang semakin tinggi daripada pelanggannya.

Di mana jualan bagi alat ganti kenderaan Perodua telah meningkat daripada RM163 juta ke RM243 juta, iaitu sebanyak 50 peratus dari tahun 2009 hingga ke 2013.

New parts centre

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, pembinaan pusat alat ganti baharu ini diumumkan pada 2012 sebagai sebahagian daripada usaha Perodua untuk memperbaiki perniagaan selepas jualan dari segi penyimpanan dan kecekapan.


Selain bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan, Perodua juga mengeksport alat ganti ke sembilan negara iaitu Nepal, Fiji, Singapura, United Kingdom, Mauritius, Malta, Sri Lanka, Brunei dan Indonesia.

Majlis pelancaran pusat alat ganti ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin, dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan merangkap CEO Petronas Dagangan Bhd, Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus serta Pengarah Eksekutif Lubetech Sdn Bhd, Megat Shahrul Azmir.

new bottle

Dalam majlis yang berlangsung semalam, Perodua turut melancarkan pembungkusan baharu bagi produk minyak pelincir enjin dan beberapa produk berkaitan seperti cecair brek dan penyejuk radiator.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *