BMW M5 “30 Jahre M5” model edisi istimewa telah didedahkan

By  |  0 Comments

M5_02

BMW telah pun membuat pendedahan sepenuhnya mengenai model edisi istimewa M5 “30 Jahre M5” semalam. Produksi bagi model edisi istimewa ini adalah bagi meraikan ulang tahun M5 yang ke-30 dan ia hanya dihasilkan dalam 300 ini sahaja. Malah kesemua unit akan dilatari dengan warna Individual Frozen Dark Silver dengan kekemasan krom gelap.

Model M5 “30 Jahre M5” ini bakal dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20 inci yang membaluti tayar hadapan 265/35 ZR20 dan 295/30 ZR20 bagi tayar belakang.

M5_08

Selain itu, ruangan kabinnya akan digabungkan dengan kemasan kulit Merano dan Alcantara dengan logo istimewa.

Ia juga akan dipadankan dengan Competition Package sebagai pilihan tambahan untuk model M5 biasa dengan suspensi yang direndahkan sebanyak 10mm, diprogramkan dengan mod M Dynamic, palang anti olengan dan untuk M5 istmewa pula ia dilengkapi dengan enjin 4.4 liter pengecas turbo berkembar V8 bersama sistem pengurusan baharu bagi meningkatkan kuasa pengecasan.

M5_12

“Jantung” model ini mampu menghamburkan kuasa maksimum 600 hp dan tork 700 Nm. Malah kuasa tambahan yang diperoleh ini turut memberikan peluang model M5 ini mencapai kelajuan daripada titik sifar sehingga ke 100km/j dengan catatan masa 3.9 saat. Enjin ini juga bakal dipadankan dengan klac berkembar DCT tujuh kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *