McLaren Kuala Lumpur dilancarkan

By  |  0 Comments

McLaren

Berita baik buat penggemar kereta prestasi serba mewah dan pastinya penuh berkuasa, McLaren kini sudah ada di Malaysia! Hari ini, sekali lagi Sime Darby Motors anak syarikat kepada Sime Darby Auto Britannia menggorak langkah lebih cemerlang dengan melancarkan pusat pameran McLaren Kuala Lumpur. Sempena dengan pembukaan pusat pameran ini turut dilancarkan bersama model McLaren MP4-12C Coupe dan Spider untuk pasaran Malaysia.

Kedua-dua model jentera prestasi tinggi ini memiliki kuasa maksimum 625 PS dan tork puncak 600 Nm. Dijanakan oleh enjin 3.8 liter twin-turbo V8, ia turut dipadankan dengan kotak gear SSG klac berkembar tujuh kelajuan. Mampu meledak kelajuan daripada sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 3.1 saat, model Coupe mampu dipacu sehingga 333km/j. Manakala Spider pula berkeupaya dipecut sehingga 329km/j.

McLaren

Dengan harga bermula RM2.036 juta bagi Coupe dan RM2.2 juta untuk Spider, kedua-dua model ini sudah pun berada di pasaran Malaysia dan bersedia menerima tempahan.

McLaren KL merupakan hasil kerjasama ketiga antara Sime Darby Motors dengan pengeluar McLaren sendiri selepas beroperasinya McLaren Hong Kong dan McLaren Shanghai. McLaren KL merupakan pusat pameran bagi McLaren yang ke tujuh di rantau Asia Pasifik dan yang ke-41 di dunia. McLaren KL terletak di Menara Mudajaya, Mutiara Damansara, turut disokong dengan dua pusat servis yang beroperasi di kawasan perindustrian Temasya, Glenmarie, Shah Alam.

McLaren

Kejutan untuk para tetamu apabila disajikan dengan penampilan khas McLaren P1 yang memiliki kuasa maksimum sehingga 913PS dan puncak tork 900Nm! Menurut McLaren, jentera P1 ini mampu mencatat kelajuan daripada sifar ke 100km/j dalam hanya 2.8 saat. Manakala kelajuan paling minimum yang boleh dipacu ialah 350km/j! Walau bagaimana pun, pihak Sime Darby Motors belum mengenal pasti bilakah jentera ini boleh dijual di pasaran Malaysia kerana harganya yang begitu tinggi iaitu dijangkakan bernilai RM4.437 juta tidak termasuk cukai import dan lain-lain cukai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq