TOC & Toyo Lubrication meterai perjanjian tajaan RM500k

By  |  0 Comments

TOYO Lubrication (M) Sdn Bhd MD & Founder Eddy Choong sealing the sponsorship with a handshake with TOC CEO and Founder Adelaine Foo

Semalam The Otomotif College (TOC) telah memeterai perjanjian tajaan dengan pengeluar gris dan pelincir, TOYO Lubrication (M) Sdn Bhd.

Tajaan tiga tahun bernilai kira-kira RM500,000 ini membolehkan TOYO Lubrication, pengeluar gris dan pelincir pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh National Lubricating Grease Institute (NLGI) berpangkalan di Amerika Syarikat, memainkan peranan dalam usaha meningkatkan pengetahuan tentang pelincir di kalangan jurulatih dan pelajar TOC dengan berkongsi pengetahuan teknikal dan memberi input dalam sukatan pelajaran TOC.

Di bawah terma memorandum persefahaman, TOYO Lubrication akan membekalkan segala produknya seperti minyak enjin, penyahgris, bahan pendingin, gris, minyak gear, dan bendalir transmisi, brek dan stereng kuasa untuk digunakan di bengkel TOC.

Bahkan pasukan Sukan Motor TOC juga akan mendapat banyak manfaat daripada tajaan ini. Di mana TOYO akan membekalkan minyak enjin dan minyak gear prestasi tinggi, gris sambungan halaju malar dan roda penggalas prestasi tinggi, serta bendalir brek dan bahan pendingin enjin kepada pasukan ini.

Kereta pasukan TOC Proton Satria Neo R3 menggunakan minyak enjin TOYO Lubrication, khususnya minyak separuh sintetik Titanium 8000 15W-40, buat pertama kalinya pada tahun lepas dan berjaya mencapai keputusan terbaik. Daripada gagal menamatkan cabaran dalam perlumbaan terdahulu, pasukan TOC mendapat tempat ketujuh daripada 28 pasukan yang menyertai Sepang 1000KM (S1K) Endurance Race pada 2013. Pasukan Sukan Motor TOC juga menduduki tempat ketujuh daripada 22 pasukan yang bersaing dalam Malaysian Super Series Round 1 di Sepang baru-baru ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq