Proton Suprima S seronok dikendalikan

By  |  0 Comments

Proton Suprima S

Selepas dilancarkan pada Ogos yang lalu, semakin kelihatan Proton Suprima S menjalar di jalan raya. Nampak gayanya model hatchback terbaharu keluaran Proton ini semakin mendapat perhatian. Biar pun masih kedengaran ‘bunyi-bunyian’ yang kurang menyenangkan daripada segelintir rakyat Malaysia yang memperkatakan sisi negatif jentera ini. Mana mungkin dengan harga di bawah RM80,000, Suprima S boleh diproduksi ‘sama-sebiji-serupa’ dengan model keluaran jenama antarabangsa. Walau terdapat banyak pandangan skeptikal sekali pun, Suprima S tetap menjadi pilihan ramai.

Tidak terlewat rasanya untuk Infokereta.com mengulas lebih lanjut mengenai prestasi yang dipamerkan oleh Suprima S. Adakah ia benar-benar sebuah hatchback yang berbaloi dengan harganya?

Proton Suprima S


Dijanakan oleh enjin Campro 1.6 Turbo yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 138hp pada 5000rpm dengan tujahan tork 205Nm, didapati prestasi Suprima sama ada dipacu di lebuh raya mahupun jalan biasa begitu memberangsangkan. Pemanduannya memang cukup mantap biarpun ketika jentera dipecut laju di lebuh raya sehingga kelajuan mencapai 180 kilometer sejam (km/j). Malah tidak terasa ia sudah menghampiri kelajuan maksimum iaitu 190km/j kerana begitu asyik menekan pedal minyak dan jentera masih kekal stabil.

Walau pun sedikit kedengaran ngauman enjin meresapi ruang kabin, namun ia tidak menghalang keseronokan untuk melenjan jentera ini. Tujahan kuasa turbo membuatkan Suprima S cukup mantap dipacu dan ia seakan menyamai kehebatan enjin 2.0 liter. Stereng berkuasa hidraulik turut memainkan peranan yang penting di dalam pengendalian jentera. Ia cukup memberikan respons yang sewajarnya terutamanya jika memandu di jalan yang berliku dan berselekoh. Malah ia tidak terasa berat dan meliar sewaktu dikendalikan.

Dengan berat kerangka berjumlah 1395kg untuk varian premium (1375kg untuk varian executive), tidak terasa jentera ini ‘berat’ atau membebankan sewaktu mendaki bukit. Malah kerangkanya juga terasa tegap dan mantap, memberikan tindakan yang cukup responsif dalam apa jua keadaan jalan.

Proton Suprima S

Olengan badan juga agak minimum membuatkan rasa membuai sewaktu melalui permukaan jalan yang tidak begitu rata dapat ditangkis. Sistem suspensi yang digunakan iaitu MacPherson Strut di bahagian hadapan dan Multilink dengan bar penstabilan untuk belakang turut dirasai agak lembut, memang sesuai dipadankan dengan kerangka jentera ini.

Proton Suprima S

Suprima S yang dipadankan dengan pengendalian oleh Lotus memberikan nikmat pemanduan yang cukup optimum. Ia memberikan keselesaan yang begitu memuaskan dan meyakinkan sepanjang mengendalikan jentera ini. Ternyata teknologi pengendalian olahan Lotus ini pilihan yang terbaik untuk diimplementasikan bersama jentera ini kerana ia cukup sesuai di dalam semua keadaan jalan dan cuaca. 



Malah penumpang di dalam kabin juga berasa selesa terutamanya jika melibatkan perjalanan jauh dan mengambil masa yang lama. Ternyata ia memberikan keselesaan yang begitu memuaskan apatah lagi Suprima S menawarkan ruang kaki dan ruang kepala yang agak luas.

Proton telah menjanjikan elemen yang impresif bagi pembikinan Suprima S. Ini termasuklah rekaan bagi luaran dan dalaman model ini yang tampak lebih sporty serta elegan. Melihat saja imej luaran yang lebih dinamik, pandangan mata tertancap pada bampar hadapan yang dihiasi dengan gril rekaan sarang lebah hitam berkilat dengan kekemasan krom yang menawan. Lampu utama yang turut dipadankan dengan lampu pencahayaan siang (DRL) antara elemen terkini yang diserapkan untuk menaikkan lagi imej Suprima S.

Bagi menambahkan lagi karisma jentera ini, spoiler turut dipasangkan di bumbung di samping mampu menambah baikan lagi aliran udara dan mengurangkan seretan aerodinamik. Padanan rim aloi bersaiz 17 inci turut menyerlahkan lagi imej maskulin jentera ini. Bagi menjamin keselesaan pemandu dan para penumpang, rekaan dalaman turut dititik beratkan juga dipadankan dengan pelbagai elemen sporty dan dinamik. Termasuklah pemilihan kerusi yang dibaluti material kulit berkualiti tinggi. 
Pedal penukar gear yang terletak di belakang stereng memberikan kemudahan kepada pemandu untuk mengawal jentera dalam penukaran gear secara manual.

Butang kawalan pada papan pemuka juga bersederhana dan tidak terlalu fancy. Skrin bersaiz tujuh inci yang dipadankan merupakan antara hadiah terbaik buat pemilik jentera ini. Ia turut dilengkapi dengan ciri menarik seperti kamera undur, sistem navigasi serta dipadankan dengan sistem operasi Android, sekali gus membolehkan penumpang melayari Internet menerusi sambungan WiFi. Kekemasan pada keseluruhan kabin memang wajar dipuji kerana ia cukup menyerlahkan karakteristik dalaman Suprima S ini. Malah misi Proton untuk memberikan keselesaan kepada pemandu dan para penumpang juga sampai matlamatnya.

Proton Suprima S

Bagi memenuhi standard pembuatan kenderaan masa kini, Suprima S turut diuji oleh Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) dan memperoleh lima bintang di dalam ujian pelanggaran. Ini bermakna Suprima S yang dipadankan dengan casis yang mantap turut memiliki kerangka yang diyakini serta mematuhi standard pasaran antarabangsa.

Kerangka Suprima S turut direka berdasarkan teknologi Reinforced Steel Structure (RESS) dengan material berkualiti tinggi untuk memberikan keteguhan terhadap struktur badannya. Malah Suprima S turut ditampilkan dengan ciri-ciri teknologi keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), enam beg udara, Sistem Anti-Brek Kunci (ABS), Sistem Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Hill-Hold Assist, Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Cengkaman (TC).

Bayangkan dengan harga yang ditawarkan antara RM76,888 hingga RM79,988, Suprima S dengan dua varian iaitu Executive dan Premium, dilengkapi dengan elemen-elemen berteknologi tinggi menyamai kebanyakan kereta import yang lain. Dan kebanyakan kereta-kereta import yang berada di dalam segmen yang sama rata-ratanya berharga RM100,000 ke atas. Jadi apa pilihan anda? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Spesifikasi :
Enjin : CAMPRO 1.6 liter Turbo

Transmisi : ProTronic Continuous Varible Transmission (CVT) dengan 7-kelajuan automatik

Kuasa maksimum : 140PS @5,000 rpm

Tork maksimum : 205Nm @ 2,000-4,000 rpm

Penggunaan bahan api : 9.1 liter untuk setiap 100km

Pilihan warna : Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White & Tranquility Black

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/bandarqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/dominoqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/qiuqiu/ https://www.i-escape.com/blog/rute/pkvgames/