Shell Helix Ultra baharu diperkenalkan hasil Teknologi Shell Pureplus

By  |  0 Comments

ShellHelix03

Shell hari ini memperkenalkan rangkaian produk baharunya yang lebih pintar, termasuk minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra yang dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus yang inovatif dan dipatenkan.

Shell Helix Ultra ini telah dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan enjin terbaharu. Ia menggabungkan Teknologi Shell PurePlus dengan Teknologi Pembersihan Aktif hak milik syarikat untuk memberikan tahap perlindungan lebih tinggi daripada enapan enjin dan perlindungan yang tiada tandingan daripada mendapan.

Kombinasi unik Teknologi Shell PurePlus dengan Teknologi Pembersihan Aktif membolehkan Shell Helix Ultra menjanjikan tahap pembersihan dan perlindungan lebih tinggi. Selain menjaga kebersihan enjin, Shell Helix Ultra juga membersihkan enap cemar yang ditinggalkan oleh minyak enjin kurang bermutu.

“Shell Helix Ultra adalah minyak enjin kami yang paling canggih dan merupakan sebahagian daripada rangkaian produk kami yang lebih pintar. Ia benar-benar telah digunakan secara meluas sebagai minyak yang diisi di kilang oleh pengeluar kenderaan, termasuk Ferrari. Ini bermakna pemandu yang mencari minyak enjin bermutu tinggi untuk memberikan prestasi terbaik daripada kenderaan mereka boleh merasa yakin dengan pilihan mereka,” ujar Troy Chapman, Pengurus Besar Kelompok, Asia Tenggara, Shell Lubricants.

New enhanced Shell Helix product range

Selain menjamin kebersihan enjin, Shell Helix Ultra memberi perlindungan daripada kehausan dan kakisan yang boleh membantu memanjangkan hayat enjin dan mengurangkan kos penyenggaraan.

Pemandu juga boleh mendapat manfaat daripada kecekapan penggunaan minyak, kerana sesetengah produk dalam rangkaian Shell Helix Ultra boleh membantu memberikan sehingga 1.4 peratus lebih penjimatan minyak.

Serentak dengan pelancaran rangkaian produk lebih pintar peringkat atas yang baru ini, portfolio utama Shell Helix telah disusun semula untuk membantu pemandu lebih mudah mengenali pelincir terbaik untuk kenderaan mereka.

Rangkaian minyak enjin kereta penumpang yang menyeluruh termasuk minyak mineral Shell Helix HX3 dan HX5, HX6 dan HX7 dengan teknologi sintetik, hingga minyak sintetik penuh dan terunggul Shell Helix Ultra. Portfolio utama Shell Helix direka cipta untuk memenuhi keperluan kebanyakan pengeluar peralatan tulen atau OEM, dan juga kebanyakan spesifikasi industri paling moden.

Sempena pelancaran portfolio Shell Helix yang dipertingkatkan, Shell Lubricants juga melancarkan promosi global 2014 “Pengalaman Ferrari Muktamad” Shell Helix.

Peraduan dua peringkat bermula 1 April hingga 30 Jun 2014 ini dibuka kepada pelanggan yang membeli pek empat liter Shell Helix Ultra atau mana-mana produk lain daripada rangkaian HX7.

Peringkat Satu peraduan menawarkan 10 tempat pertama berupa wang tunai RM1,500 setiap satu, 10 tempat kedua wang tunai RM1,000 manakala 10 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM500 setiap seorang.

Seramai 10 pemenang tempat pertama dalam Peringkat Satu akan berpeluang untuk bertanding dalam cabaran khas go-kart dalam Peringkat Dua untuk merebut lima tempat sebagai pemenang Hadiah Utama. Lima pemenang bertuah ini akan menyertai pemenang dari seluruh dunia untuk lawatan VIP 5 hari empat malam ke Spa-Francorchamps, Belgium, dan menyaksikan Grand Prix Formula One Belgium 2014, dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *