Ford panggil semula 450k unit kenderaannya

By  |  0 Comments

Ford Escape 2004

Ford Motor Co. baru sahaja mengumumkan dua program panggilan semula (recall) yang melibatkan 450,000 unit kenderaannya. Program panggilan semula terbesar ini melibatkan sejumlah 386,000 unit kenderaan SUV Escape yang diproduksi antara tahun 2001 dan 2004. Menurut pengeluar kenderaan terbabit, ia bagi menggantikan sub-kerangka yang mudah berkarat dan beberapa komponen lain termasuk control arm.

Ia melibatkan kenderaan Ford bagi pasaran USA dan jajahan Columbia.

Satu lagi program panggilan semula melibatkan 49,000 unit Lincoln MKZ, Ford Fusion, Escape dan C-MAX auto yang diproduksi antara tahun 2013 dan 2014. Ia bagi menggantikan kerangka tempat duduk belakang yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kenderaan kerana tidak dikimpal secara sempurna.

Walau bagaimana pun,Ford mengesahkan tiada sebarang kemalangan dan kecederaan yang dilaporkan berhubung dengan perkara ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *