Mazda memanggil semula 88,000 unit kenderaannya (recall)

By  |  0 Comments

Mazda6

Mazda telah memanggil semula 88,000 pemilik kenderaan yang melibatkan Mazda 3, 6 dan CX-5 seluruh dunia untuk menghantar jentera mereka ke pusat servis yang terpilih. Ia melibatkan kenderaan yang diproduksi antara Oktober 2012 hingga Januari 2014. Panggilan semula atau recall ini disebabkan terdapat isu perisian yang melibatkan sistem tenaga i-ELOOP.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Mazda USA, Beverly Braga, program kawalan pada ECU ini adalah bagi melindungi penyimpan muatan tenaga di mana telah berlakunya ‘tindak balas sensitif yang mengakibatkan tali alternator menjadi basah dan boleh berlakunya pengelinciran’. Secara tidak langsung ia boleh memberikan kesan terhadap pendikit dan mungkin menyebabkan masalah pada enjin.

Buat setakat ini, tiada laporan kemalangan yang berpunca daripada masalah sistem ini dilaporkan. Namun untuk mengelakkan sebarang insiden berlaku, para pemilik terbabit diminta untuk menghantar kenderaan masing-masing ke pusat servis terpilih bagi menggantikan perisian yang bermasalah itu.

Daripada 88,000 unit, sebanyak 38,000 unit melibatkan pasaran Eropah, 27,600 unit di Jepun dan 6,500 unit di USA. Walau bagaimana pun,kenderaan Mazda yang dibawa masuk ke Malaysia oleh pengedar tunggal Bermaz Motor, masih belum dikenal pasti adakah terlibat dengan program panggilan semula ini atau pun tidak.

Ini merupakan panggilan kedua Mazda yang melibatkan masalah i-ELOOP. Kali pertama berlaku pada tahun lalu di mana ia melibatkan sejumlah 15,000 unit Mazda 6 di seluruh dunia termasuklah 40 unit di Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq