Renault Clio Costume National edisi terhad diperkenalkan

By  |  0 Comments

Dengan kerjasama Costume National iaitu jenama fesyen dari Itali, Renault telah pun memperkenalkan model edisi istimewa bagi Clio generasi ke-empat.

Kelainan yang ditonjolkan pada model edisi istimewa ini ialah ia memiliki tiga pilihan warna iaitu Bianco Ghiaccio (putih), Grigio Cassiopea (kelabu) dan Nero Etoile (hitam). Malah cermin sisinya juga dilatari dengan tekstur unik dengan fabrik baharu yang diperkenalkan oleh Costume National sendiri berserta kekemasan krom yang tampil menawan. Model ini turut didatangkan dengan dua pilihan rim iaitu bersaiz 16 inci dan 17 inci.

clio1

Bagi hiasan dalamannya, Costume National memilih balutan kulit kambing bermutu tinggi pada tombol gear dengan efek trimatra, sama seperti kekemasan pada cermin luaran model ini.

Dijual pada harga bermula 15,550 EUR untuk model 1.2 75 HP hatchback dan 18,300 EUR bagi versi 1.5 dCi 90 Estate.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *