Ford Fiesta 1.0L EcoBoost bakal menjelajah Semenanjung Malaysia bermula 19 April ini

By  |  1 Comment

New Ford Fiesta 1.0L EcoBoost

Bakal dibawa masuk dari Thailand, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost ini dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menawarkan prestasi enjin pengecas turbo yang mengagumkan, teknologi pintar dan sistem keselamatan terkini, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost ini juga mampu menghasilkan kuasa mencecah 125 PS dan tork puncak 170Nm. Malah ia juga menawarkan kuasa dan prestasi yang boleh menyaingi enjin petrol tradisional bersesaran 1.6L.

Enjin 1.0L EcoBoost juga menawarkan penjimatan bahan api sehingga 20 peratus dan emisi CO2 15 peratus lebih rendah berbanding enjin 1.6L. Ia menggabungkan ciri pengecas turbo pancitan terus bahan api dan fungsi-fungsi dua injap pemasaan boleh ubah.

Teknologi enjin EcoBoost Ford kini boleh didapati dalam bentuk 1.6L pada Kuga serba baharu. Selain 2.0L pada Focus ST, Mondeo dan S-Max.

Maka sempena dengan ketibaan Ford Fiesta 1.0L EcoBoost tidak lama lagi, Ford mengesahkan bakal melancarkan siri jelajah pengalaman Fiesta 1.0L Urban Playground bermula pada 19 dan 20 Apri.

Orang ramai yang mengunjungi siri jelajah ini turut berpeluang memandu uji Fiesta 1.0L EcoBoost. Malah mereka yang hadir ke karnival ini juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti barangan eksklusif Ford serta pencetak mobil pintar LG Pocket Photo yang terhad.

Siri jelajah pengalaman Fiesta 1.0L Urban Playground akan diadakan di beberapa lokasi terpilih selama sembilan minggu berturut-turut di lokasi berikut :

19–20 April : Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya, Selangor
26-27 April : Sime Darby Auto Connexion, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
3-4 Mei : Persada Auto, Puchong, Selangor
10-11 Mei : Semangat Anggun Auto, Klang, Selangor
17-18 Mei : Capital Intertrade, Damansara, Petaling Jaya, Selangor
24-25 Mei : Trio Mantap, Ampang, Selangor
31 Mei-1 Jun : Sime Darby Auto Connexion, Juru Auto-City, Pulau Pinang
7-8 Jun : Airmas Auto, Pulau Pinang
13-14 Jun : Auto Lumina, Johor Bahru

Boleh didapati di semua bilik pameran di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost baharu akan mula dijual di Sabah dan Sarawak pada Mei.

Pelanggan yang membuat tempahan Ford Fiesta 1.0L EcoBoost baharu di laluan pandu uji di Urban Playground bakal menerima satu fon kepala Edifier yang eksklusif ketika mendaftar.

Berkenaan dengan harga rasmi dan spesifikasi penuhnya, Ford bakal mengumumkannya menjelang hari pelancarannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *