Toyota Innova versi facelift bakal berada di pasaran – Harga antara RM98k-103k

By  |  0 Comments

innova2014_banner-850x371

Selepas mula mempromosikan varian baharu Toyota Camry 2.0 GX hari ini, pada masa yang sama, UMW Toyota turut mendedahkan kehadiran model penambah baikan (facelift) Toyota Innova. Ia merupakan model facelift yang ketiga.

Menawarkan tiga varian iaitu E manual, E auto dan G auto, Innova facelift ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter 1TR-FE empat silinder yang memiliki kuasa 136 PS dan tork 182 Nm. Turut dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan dan ECT empat kelajuan.

innova1_1280x960-850x638

Antara elemen yang ditampilkan ialah rim aloi bersaiz 15 inci, unit kepala 2-DIN dengan CD, MP3, AUX, USB, Bluetooth bersama lapan pembesar suara, corong penghawa dingin untuk tempat duduk barisan kedua dan ketiga, tempat duduk balutan fabrik, dua beg udara dan sambungan ISOFIX pada tempat duduk barisan kedua.

Tambahan untuk varian G auto di mana ia menerima padanan jeriji hadapan krom, indikator pada cermin sisi, pemegang pintu krom, bilah pengelap cermin belakang,hiasan krom pada bahagian bonet belakang dan lampu kabus di bahagian hadapan.

Manakala pada bahagian kabin pula, G auto turut dilengkapi dengan panel meter Optitron, skrin paparan pelbagai maklumat (MID), penghawa dingin automatik dan roda stereng balutan kulit.

Terdapat juga aksesori tambahan yang boleh dipilih iaitu sistem DVD-AVN bersaiz tujuh inci, monitor bumbung lapan inci, aerokit dan pelapis filem cermin tingkap terpilih.

Mengikut risalah promosi, Innova ini berharga RM98,546 untuk E manual, RM 103,545.90 (E auto-metalik), RM102,750 (E auto-Solid) dan RM110,990 (G auto).

2014-Toyota-Innova-price-list-850x619

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *