Nissan Juke 2014 alami perubahan radikal?

By  |  0 Comments

JUKE_11

Nissan mengatakan bahawa model Juke 2014 telah diberi suntikan yang radikal. Bukan setakat rekaan pada imej luaran dan dalaman. Bahkan juga memgalami banyak pembaharuan pada bahagian teknikal.

Dipamerkan di Geneva Motor Show 2014, Juke menjadikan model 370Z sebagai inspirasi untuk tampil lebih ‘nakal’ dan agresif. Dengan padanan lampu utama Xenon yang turut menampilkan lampu pencahayaan siang LED, bampar hadapan dan belakang juga menerima rekaan yang baharu. Malah lampu belakang dan lampu sisi juga ditampilkan dengan LED.

Selain daripada itu, padanan jeriji hadapan dan rim aloi bersaiz 18 inci memberikan gaya yang lebih menawan buat model ini.

Untuk sudut mekanikal, Juke ini diberi ‘jantung’ 1.2 liter DIG-T pengecas turbo yang menggantikan enjin lama 1.6 liter HR16DE. Ia boleh menghamburkan kuasa maksimum sehingga 113 kuasa kuda dan puncak tork 190 Nm. Dengan padanan kotak gear manual enam kelajuan pastinya Juke mampu memberikan prestasi yang lebih mengagumkan.

JUKE_2

Menawarkan penjimatan bahan api yang lebih efisien, Nissan mendakwa Juke hanya menggunakan 5.5 liter untuk setiap 100 km dan pelepasan karbon dioksada pula tercatat 126 gram untuk setiap kilometer.

Bagi varian berenjinkan 1.6 liter DIG-T pula, ia telah diberi penambah baikkan untuk menghasilkan tork yang lebih baik. Varian pacuan empat roda (4WD) ini turut dipadankan dengan kotak gear manual bersama enam kelajuan (standard) dan pilihan lain ialah XTronic CVT.

Daripada segi teknikal, Juke ini turut tampil dengan Nissan Dynamic Control yang menawarkan mod pemanduan Normal, Sport dan Eco. Lain-lain elemen yang turut ditampilkan bersama ialah skrin sesentuh NissanConnect bersaiz 5.8 inci dan sistem Nissan Safety Shield untuk Pemantauan Sekeliling Kenderaan, Amaran Pertukaran Lorong, Amaran Titik Buta, Pengesan Objek Bergerak.

Juke dijangka tiba di pasaran beberapa buah negara UK pada Jun tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq