Proton lancar kempen keselamatan sempena Tahun Baru Cina

By  |  0 Comments

CNY PROMOTION 2016

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina bulan hadapan, Proton telah melancarkan kempen selepas jualan untuk para pelanggannya.

Promosi ini berlangsung sekarang sehingga 31 Mac ini di semua pusat servis Proton di seluruh negara. Menerusi promosi ini, para pelanggan digalakkan untuk menghantar kenderaan mereka bagi diperiksa dan diselenggara sebelum memulakan cuti yang panjang atau pun sekembalinya daripada destinasi percutian.

Bagi menggalakkan para pelanggan menghantar kenderaan masing-masing di semua pusat servis Proton seluruh negara untuk diperiksa sebelum memulakan perjalanan, Proton turut menawarkan 30 mata ganjaran percuma.

Pemeriksaan ini melibatkan komponen penting seperti brek, tali sawat, bilah pengilap cermin silikon, klac, penyerap hentak dan bateri. Di samping itu, para pelanggan juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti terpilih.

Menurut Proton, promosi yang ditawarkan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran keselamatan kepada para pelanggan terutamanya yang akan memandu bagi perjalanan yang yang jauh pada musim perayaan. Ini termasuklah meningkatkan kesedaran betapa pentingnya kenderaan perlu berada dalam keadaan yang baik.

Malah Proton juga tidak melupakan para pelanggan yang mana kenderaan mereka sudah tamat waranti dengan menawarkan pakej servis istimewa untuk tujuan yang sama.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *