Mercedes-Benz Malaysia catat jualan terbaik dalam sejarah – 10,845 unit pada 2015

By  |  0 Comments

MBM_Announcement_2015_7

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mencatatkan rekod jualan terbaik sepanjang tahun 2015 dengan sejumlah 10,845 unit kenderaan.

Berbanding tahun 2014, MBM hanya mencatatkan jualan sebanyak 6,932 unit, justeru peningkatan sebanyak 56% pada tahun lalu menghamburkan lagi semangat syarikat ini bagi memacu langkah lebih agresif bagi pasaran Malaysia.

Model hibrid diesel pemasangan tempatan (CKD) pertama Mercedes-Benz iaitu E-Class, telah mencatatkan jualan sebanyak 3,383 unit, berbanding 2,212 unit tahun sebelumnya.

Mercedes-Benz E 250 Coupe (2)

Diikuti dengan C-Class yang terjual sebanyak 2,697 unit iaitu peningkatan sebanyak 56% berbanding tahun 2014.

Bagi model perdana Mercedes-Benz iaitu S400L Hibrid pula berjaya mencatat jualan sebanyak 1,909 unit iaitu meningkat sebanyak 201% jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

MBM turut mengekalkan unjuran jualan bagi kenderaan kompak dengan peningkatan sebanyak 21%. Bagi model CLA, ia telah terjual sebanyak 959 unit. Manakala bagi A-Class dan GLA pula masing-masing 832 unit dan 816 unit. Secara keseluruhannya, MBM mencatatkan jualan sebanyak 2,811 unit bagi kenderaan kompak.

MBM_Announcement_2015_3

“2015 mencatatkan sejarah kejayaan yang tersendiri buat jenama Mercedes-Benz di Malaysia, iaitu bagi produk dan perkhidamatan pelanggan. Kejayaan ini turut disumbangkan oleh pelancaran koleksi Mercedes-Benz Dream Cars serta pembukaan rasmi bilik pameran Hap Seng Star Kota Kinabalu,” ujar Presiden dan CEO MBM Dr Claus Weidner.

Menurut Weidner lagi, kejayaan ini turut disumbang oleh perkembangan positif kilang pemasangan Mercedes-Benz di Pekan, Pahang selain faktor rangkaian pengedaran dan juga perkhidmatan pelanggan.

Malah kilang pemasangan di Pekan turut mencatatkan pengeluaran memberangsangkan iaitu sebanyak 7,710 unit bagi tahun lalu serta menjadi kilang pemasangan Mercedes-Benz pertama di dunia yang melaksanakan waktu kerja dua shif, sekali gus merancakkan lagi pengeluaran untuk pasaran tempatan.

Sambungnya lagi, “Memasuki tahun 2016, MBM mahu meneruskan kesinambungan komitmen terhadap keperluan para pelanggan menerusi rangkaian pengedar. Kini sebanyak 28 rangkaian pengedaran yang dimiliki, kami merupakan pengedar terbesar bagi pengeluar automotif premium di Malaysia dan langkah agresif ini akan diteruskan demi memacu kecemerlangan.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq