Mercedes-Benz Malaysia kekalkan harga untuk tahun 2016, kecuali S 400h naik RM15k akibat duti import dan cukai eksais

By  |  0 Comments

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan harga bagi kesemua modelnya adalah kekal kecuali Mercedes-Benz S 400h L.

Syarikat ini turut mengesahkan para pelanggan masih boleh menikmati manfaat daripada pengecualian duti import dan cukai eksais bagi Mercedes-Benz S 400h L dan E 300h. Sementara model E 300h kekal pada RM338,888, namun model S-Class Hibrid meningkat sebanyak RM15,000.

MBM mendakwa peningkatan harga bagi S-Class Hibrid tersebut adalah disebabkan oleh “perubahan inflasi”. Oleh itu, harga atas jalan baharu bagi S 400L ialah RM598,888 (tanpa insurans). Sebelum ini, ia diumumkan berharga RM583,888, iaitu penurunan daripada harga asal iaitu RM587,888.

Bercakap mengenai pengecualian duti import dan cukai eksais, Presiden MBM, Dr Claus Weidner berkata, “Kami gembira kerana telah diberikan pengecualian lanjutan duti ini dan boleh terus menawarkan para pelanggan di Malaysia dengan model hibrid dan cekap tenaga kenderaan (EEV) dengan harga yang berpatutan.”

W222_Mercedes_S-Class_Malaysia_-001-e1444293778796

Beliau turut menambah, “Ini merupakan sebahagian daripada komitmen bagi pasaran automotif di Malaysia dan juga para pelanggan. Kami telah melabur pada kilang pengeluaran dan membawa masuk teknologi yang bersesuaian bagi menyokong aspirasi negara untuk menjadi hab EEV.”

Mark Raine selaku Timbalan Presiden Pemasaran dan Jualan Kenderaan Penumpang MBM turut menambah, “Ia telah menampakkan kejayaan dengan penjualan model hibrid Mercedes-Benz dan kami berazam untuk terus menyumbang bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran EEV, sekali gus memperluaskan penjualan model kami di negara ini.”

Sambungnya lagi, “Kami tidak akan menaikkan harga secara menyeluruh pada awal 2016 ini tetapi akan terus memantau semua faktor yang mempengaruhi. Demi kepentingan pelanggan, kami akan terus memberikan yang terbaik termasuk harga yang kompetitif.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq