Jejambat Lebuhraya Persekutuan-Seksyen 7 Shah Alam bakal dibuka Feb ini

By  |  0 Comments

icity-flyover

Sebagai salah seorang yang kerap ke Shah Alam, masalah kesesakan di bandaraya berkenaan dilihat sebagai semakin meruncing. Pertambahan kenderaan setiap masa dan pembangunan yang semakin pesat di kawasan sekitar antara punca utama kesesakan trafik, khususnya pada waktu puncak.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan kesesakan trafik, kerajaan negeri dengan kerjasama anak syarikat di bawahnya iaitu Menteri Besar Incorporated telah membina jejambat baharu yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan ke Seksyen 7, Shah Alam.

Walau bagaimana pun jejambat ini telah pun siap sepenuhnya sejak Julai tahun lalu tetapi mengambil masa lebih setahun untuk dibuka bagi laluan trafik.

Menurut syarikat pemaju PKNS Infra yang bertanggungjawab menguruskan projek ini, jejambat ini akan diserahkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada pertengahan Februari ini.

Penyerahannya akan berlangsung selepas beberapa kerja modifikasi akhir selesai di mana ia melibatkan sebahagian daripada syarat baharu yang ditetapkan oleh LLM. Ini termasuklah meningkatkan halangan lorong.

LLM turut dilaporkan sedang menguji jejambat ini, memetik laporan The Star.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM45.9 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh pemaju kawasan terbabit, jejambat baharu ini dijangka mampu mengurangkan kesesakan trafik disekitarnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *