Nissan GT-R mahu terjah pasaran premium & mewah

By  |  0 Comments

Nissan_GTR_Tokyo_IK_1

Nissan GT-R dikatakan telah bersedia untuk menerjah pasaran yang lebih premium dan mewah. Kenyataan ini disuarakan oleh Pengurus Program GT-R, Hiroshi Tamura menerusi temubual dengan Top Gear.

Menurut Tamura, model GT-R masa kini telah pun mencapai beberapa sasaran, namun untuk model baharu yang bakal diperkenalkan padan tahun 2016 mungkin tidak akan melibatkan perubahan yang besar, termasuk sudut mekanikalnya.

Walau bagaimana pun, Tamura memberitahu, model akan datang ini disasarkan untuk pasaran yang lebih premium dan mewah. “Kami mahukan GT-R ini lebih premium, bukan sekadar bergaya. Kami mahu mempertingkatkan lagi prestasi pengendaliannya dan tahap NVH. Malah mahu menjadikan ia sebagai sebuah jentera yang lebih selesa dipandu,” ujar Tamura.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *