Penutupan sementara untuk kerja-kerja pembinaan DUKE Fasa 2 mulai 19 Dis hingga Feb 2016

By  |  0 Comments

DUKE1

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) SDN. BHD. (KESTURI) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penutupan sementara jalan susur keluar dari Jalan Taman Bukit Maluri menghala ke Jalan Burung Hantu dan jalan susur keluar dari Jalan Bukit Hantu menghala ke Jalan Lang Emas.

Penutupan sementara ini adalah bagi kelancaran kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Duta-Ulu Klang Fasa kedua.

Kerja-kerja pembinaan akan bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang, mulai 19 Disember sehingga pertengahan Februari 2016.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta supaya lebih berhati-hati di sepanjang kawasan pembinaan dan patuhi arahan pegawai trafik serta papan tanda lalu lintas.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *