Suzuki Ciaz RS menerima suntikan kosmetik minimal untuk 2016

By  |  0 Comments

Suzuki_Ciaz_RS_Thailand-3

Suzuki Ciaz RS 2016, sedan bersaiz besar dari segmen-B, telah pun tampil dengan sedikit suntikan kosmetik dan dipamerkan di Thai Motor Expo 2015 yang sedang berlangsung.

Bagi bahagian luarannya, Ciaz RS ini dipadankan dengan kit badan iaitu spoiler hadapan, skirt sisi, dan spoiler bampar belakang. Ia juga digandingkan dengan rim bersaiz 16-inci yang melengkapkan lagi gayanya.

Pada bahagian kabinnya pula, ia dihiasi dengan kekemasan hitam sepenuhnya dengan sedikit sentuhan berwarna perak. Tempat duduknya juga balutan kulit upholstery. Ia juga dilengkapi dengan kawalan suhu automatik dan sistem hiburan Suzuki Smart Connect dengan skrin bersaiz tujuh-inci serta sokongan Apple CarPlay Link.

Bagi sudut mekanikalnya, tiada perubahan atau sebarang modifikasi yang dilakukan. Ciaz RS versi Thai ini dijanakan oleh enjin 1.25 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 91 PS dan tork 118Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi CVT.

Suzuki_Ciaz_RS_Thailand-2

Harga yang ditawarkan pula ialah 675k baht (RM79,755).

Di India, Ciaz atau lebih dikenali sebagai Maruti, dipadankan dengan enjin 1.4 liter (95PS/130Nm) atau 1.3 liter DDiS turbodiesel. Manakala di China pula, ia ditawarkan dengan enjin 1.6 liter bersama kuasa 121hp dan tork 158Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *