Subaru XV 2016 diperkenalkan di Bangkok – Bakal dilancarkan di Malaysia Januari depan

By  |  0 Comments

2016_Subaru_XV_Thailand-2

Motor Image telah pun melancarkan Subaru XV versi facelift di Thailand Motor Expo 2015. Ia merupakan penampilan kedua di rantau ASEAN selepas Tokyo Motor Show sebulan yang lalu.

Bagi pasaran Thailand, XV 2016 ini bakal dijual pada harga bermula 1,098,000 baht (RM129,391).

Ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.0i dan 2.0i Premium (2.0i-P), ia dijanakan oleh enjin boxer 2.0 liter DOHC empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 150 PS pada 6,200 rpm dan tork 196 Nm pada 4,200 rpm.

2016_Subaru_XV_Thailand-40

Ia turut dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT enam-kelajuan, di mana kuasanya disalurkan ke-empat-empat roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive (SAWD). Di mana sistem ini akan menyalurkan kuasa dengan nisbah 60:40 iaitu roda hadapan dan belakang.

Subaru XV 2016 ini teralh diberi sedikit perubahan gayanya. Pada bahagian hadapan, gril haksagon diberi rekaan baharu, disambung pada lampu hadapan halogen baharu dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk-C. Ia juga dilengkapi dengan lampu kabus.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi dua-tona bersaiz 17-inci yang tampil dengan rekaan semula dan rel bumbung kekemasan aluminium.

Pada bahagian kabinnya pula, ia tidak banyak berubah berbanding model terdahulu. Namun bagi varian 2.0i-P, ia bakal ditampilkan dengan unit multimedia dengan skrin sesentuh bersaiz 6.2-inci dengan sambungan Bluetooth, AUX dan banyak lagi.

2016_Subaru_XV_Thailand-27

Ia juga ditampilkan dengan kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, butang kawalan 4WD, pedal aloi, paparan pelbagai-info, tempat duduk pemandu elektronik.

Walau bagaimana pun, elemen yang disebut untuk 2.0i-P tiada pada varian 2.0i tetapi ia ditampilkan dengan jahitan kontras berwarna oren pada roda stereng, tombol gear dan beberapa kekemasan lain. Selain itu, ia dipadankan dengan unit Kenwood double-DIN dan tempat duduk balutan kulit.

2016_Subaru_XV_Thailand-18

Bagi keselamatan pula, Subaru XV ini ditampilkan dengan empat beg udara, sistem Kawalan Dinamik kenderaan (VDC), ABS, EBD, BA dan cagak Isofix.

Untuk pasaran Malaysia, Glenn Tan, Pengarah Eksekutif Tan Chong International, telah mengesahkan, SUbaru XV 2016 ini bakal dilancarkan pada Januari hadapan. Ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dengan harga jangkaan RM130,000.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *