Perodua mungkin naik harga tahun hadapan – Aminar

By  |  1 Comment

Aminar-Perodua

Impak daripada nilai mata wang yang tidak menentu, memang memberikan tamparan hebat buat syarikat automotif dan inilah yang turut dirasai oleh Perodua.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, seandainya Perodua tidak mampu menyerap impak tersebut, kemungkinan besar pihaknya terpaksa menaikkan harga jualan modelnya.

Myvis_30

“Disebabkan nilai Ringgit sangat lemah berbanding dollar (US) dan yen (Jepun), Perodua mungkin menstrukturkan semula harga jualan bagi model kami. Walau bagaimana pun, kami masih belum membuat keputusan,” ujar Aminar sambil menggesa mana-mana pelanggan yang ingin membeli kenderaan Perodua supaya rebut tawaran akhir tahun kerana belum tentu tahun hadapan akan ditawarkan peluang sebegini.

Walau pun berhadapan dengan isu nilai mata wang ini, Perodua masih bersikap optimistik untuk mencapai sasaran jualan tahun 2015 iaitu sebanyak 208,000 unit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

  1. matthew

    November 28, 2015 at 9:10 pm

    haih..ade gst, trun rm95 je..ni kalo naik pling koman pon rm1k jgak..dayumm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *