Mercedes-Benz Malaysia & Hap Seng Star buka Autohous bernilai RM2 juta di Kota Kinabalu

By  |  0 Comments

2015-hss-mercedes-benz-autohaus-kk-1

Mercedes-Benz Malaysia dan rakan pengedar bertauliah, Hap Seng Star telah membuka Autohaus baharu yang di Kota Kinabalu, Sabah. Ini merupakan fasiliti kedua du Malaysia Timur bagi menawarkan khidmatan jualan dan selepas jualan di kawasan sekitarnya.

Merupakan Mercedes-Benz Autohaus ke-tujuh di Malaysia, fasiliti ini menelan belanja sebanyak RM2 juta terletak di Plaza Shell, 29, Jalan Tunku Abdul Rahman.

Bilik pameran yang berkeluasan 7,346 kaki persegi ini mampu memuatkan enam unit kenderaan, selain menempatkan tiga ruang lounge untuk para pelanggan yang dilengkapi dengan WiFi percuma serta pasukan perkhidmatan pelanggan seramai 11 orang.

2015-hss-mercedes-benz-autohaus-kk-9

Berucap dalam majlis pelancarannya, Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner, berkata, “HSS Kota Kinabalu merupakan satu langkah positif dalam membangunkan rangkaian pengedar kami, terutamanya di Malaysia Timur. Kehadiran kami di rantau ini bermula sejak tahun 1969, dan perkongsian kami dengan Hap Seng Star telah berjaya mengukuhkan hala tuju ini.”

Sempena dengan pembukaan HSS Kota Kinabalu Autohaus ini, sebuah bengkel Mercedes-Benz yang terletak di Inanam turut menjalani proses pengubahsuaian. Bengkel seluas 24,000 kaki persegi ini mampu mengendalikan sehingga 14 kenderaan penumpang dan dua unit kenderaan komersil dalam satu masa.

HSS turut dikhabarkan melabur sebanyak RM30 juta untuk perancangan jangka masa panjang di Malaysia Timur, iaitu bermula dengan pembukaan HSS Miri Autohaus pada Mei tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq