Goo Warranty tawar waranti untuk pembeli kereta terpakai

By  |  0 Comments

GOO Waranty

Bagi anda yang ingin membeli kereta terpakai, pasti ada yang susah hati kalau ia membabitkan waranti. Memandangkan kebiasaannya, kerete terpakai (used/recon) sudah tidak didatangkan dengan waranti pengeluar selepas tamat tempoh.

Namun ada juga syarikat penjual kereta terpakai atau pun grey importer masih menawarkan waranti selama sekurang-kurangnya setahun. Walau bagaimana pun, ia bergantung pada usia kenderaan terbabit.

Terbaru, Opal Auto Mart Sdn Bhd telah menandatangani memorandum sefahaman (MoU) dengan PROTO Malaysia Sdn Bhd dan Car Credo Malaysia Sdn Bhd bagi memperkenalkan waranti bagi kereta terpakai.

Waranti yang dikenali sebagai Goo Warranty ini ditawarkan untuk kenderaan terpakai di Malaysia, dan boleh didapati mulai Januari 2016. Setakat ini, ia hanya untuk Lembah Klang sahaja memandangkan jumlah kenderaan terpakai adalah terbesar di kawasan ini.

Menerusi Goo Warranty, waranti yang ditawarkan ialah selama setahun (12 bulan pertama) atau 25,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu) selepas membeli kenderaan terpakai berkenaan.

Dalam tempoh waranti itu, ia turut melibatkan pemeriksaan, pembaikian atau penukaran alat ganti bagi enjin, transmisi, Unit Kawalan Enjin (ECU) dan Unit Kawalan Transmisi (TCU). Malah turut menawarkan perkhidmatan trak tunda.

Bagi mendapatkan waranti ini, pembeli kereta terpakai hendaklah menghantar kenderaan masing-masing menjalani pemeriksaan (selain pemeriksaan PUSPAKOM) yang ditetapkan oleh Car Credo. Pemeriksaan ini meliputi maksimum 344 poin pada bahagian struktur kenderaan, bodywork dan enjin. Di mana pemeriksaan ini adalah memenuhi standard yang ketat dan perlu mendapatkan pensijilan dari Goo KANTEI yang turut dilaksanakan di Jepun.

Selepas melepasi tahap pemeriksaan berkenaan, pemilik kenderaan berkenaan akan ditawarkan dengan Goo Warranty yang diuruskan oleh Opal mengikut terma dan syarat.

Selain pemeriksaan oleh Car Credo, syarat lain bagi mendapatkan waranti ini adalah kenderaan berkenaan adalah bagi pendaftaran persendirian dan berusia tidak melebihi lapan tahun dengan jarak perbatuan tidak melebihi 100,000 km.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *