Kia Niro bakal dilancarkan pada tahun hadapan

By  |  0 Comments

Kia_Niro_Hybrid_1

Kia South Korea telah menyebarkan imej pengenalan bagi model crossover Niro yang dijangka bakal diperkenalkan pada separuh pertama 2016.

Sebelum ini, ia diperkenalkan sebagai model konsep pada tahun 2013 dengan menggunakan nama yang sama, dan kini Kia telah bersedia untuk menghasilkan model produksi.

Kia Niro ini dijana oleh enjin 1.6 liter empat-silinder aspirasi-natural dengan motor elektrik. Ia juga ditampilkan dengan kotak gear klac-berkembar enam-kelajuan serta pek bateri 1.56 kWh.

Enjin konvensional mampu memberikan kecekapan haba sekitar 40% dan berkeupayaan menyalurkan kuasa sehingga 105 PS dan tork 147 Nm.

Kia_Niro_Hybrid_2

Kia berkata, biar pun Niro ini adalah kenderaan hibrid, namun ia masih sama seperti versi plug-in hybrid kerana sudah menjadi objektif syarikat ini untuk meningkatkan penjimatan bahan api sehingga 25%.

Tidak seperti model konsep yang tampil dengan konfigurasi tiga-pintu, versi produksi ini lebih praktikal iaitu dengan bentangan lima-pintu. Mengikut imej lakaran ini, ia kelihatan memiliki bentuk yang lebih langsing dengan garisan bumbung yang lebih rendah dan spoiler bumbung yang lebih tegar.

Lampu utamanya pula menyerupai Jaguar F-Type, sementara pada bahagian belakangnya pula ditampilkan dengan pelindungan bawah badan aluminium serta lampu belakang yang lebih besar.

Kia turut berkata, panel badannya juga lebih mengoptimakan ciri aerodinamik bagi memberikan kuasa yang lebih efisien dan telah menambahkan lapisan plastik pada bahagian gerbang roda bagi menampakkan Niro ini lebih bergaya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq